CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 28 May 2010

==a-r-a-b==

13 Jamadil Akhir 1431H

assalamualaikum semua :)

arini belek2 majalah Anis yg mama bawakkan mg lepas..ade satu artikel pasal Imam Al-Marbawi..ingat tak siapa orang ini?ya..ini pengarang Kamus Al-Marbawi..kamus arab melayu yg ditulis jawi.dulu mase skolah kena guna kamus nih.tak bawak kena cubit!!

terkenang pulak zaman skola dulu..rindu rindu..sob..sob..sob..

tp kte ni degil blaja arab mcm nak tak nak je.akibatnya??skg sendiri tanggung la,byk sgt tak paham.cuba suh buat i'rab short phrase pon,belum tentu lengkap dah.tp alhamdulillah masih kenal mana fa'il,maf'ul dan mana mudhaf mudhafun ilaih..

mahu dikongsi kat sini satu kaedah blaja bahasa arab,selain yg kami blaja di skola dulu. time ni baru lepas UPSR,jd takde ape nk buat kan?g skola pon bawak game,main ramai2.start je cuti skola mak pon suh g blaja arab..what?!? dah la selalu markah subjek arab kaler merah je ustazah isi (fail la tuhh..) pastu kena g blaja arab.org lain paling koman pon (paling koman ni johorian suke guna,maknanye paling tak) pegi blaja typing ke,sport ke..tp time tu kte dah kire boleh type laju gak la *perasan cik kak oii* sbb ada cd nk practice kt pc.game tuh kalo type laju2 nanti dpt certificate.suke sgt~ kami adek bradek lumba2 print cert,kang pastu gado sbb jeles ade org lg terer..hehe..yg psl sports pulak,kami dr kecik dah dihantar blaja swimming.takkan la nk suh g clas ballet plak kan?
jd mak pon 'submit' la anak die ni kat satu ustaz ni.adoyaii..sayer anak murid derhaka,lupe nama ustaz nih.ustaz nih keje kt satu company nih,sama bangunan ngn tempat mak keje.jd kte ikot mak g keje tiap pg,n g ofis ustaz.

camni cara ustaz tu ajar.dia bagi satu kamus (tp bukan marbawi),ngn surah Fatihah.lepas tuh die ajar translate satu2 kalimah dlm surah tuh..cth nye camni :
alhamdu = 'al' pujian
li = utk
Allah = Allah
rabb = Tuhan
al'alamin = seluruh alam

memang macam borink la kan.sebijik2 die suh translate.kena hafal plak tuh.balik umah buat homework,esok dtg die suh fill in the blank..lama2 kte jd suka blaja camtuh.ke-blank-an hidup ni pon terisi cket..sempat blaja sampai beberapa muka awal dr Al-Baqarah..lpas tuh kena pegi asrama dah.blaja arab cara lain pulak.blaja nyanyi lagu fi'il madhi--hua zahaba,huma zahabaa,hum zahabue...bla bla bla~

apa yg best cara cam ustaz ni??
1- blaja bahasa arab dari Al-Quran
2- hafal teros kalamullah
3- bile solat baca Al-Fatihah tuh boleh dibayang maknanye sepatah demi sepatah

buat ustaz itu,kte ucapkan terima kasih byk2 kerana bukak pintu hati kte blaja bahasa quran ini.Allah rahmati ustaz dan keluarga..amiin~~ (dah taktau mana ustaz ni pegi.macam dah takda ofis die kat situ lg)
rasanya kalo tekun mujahadah sampai habes satu mushaf tuh,bole jd hafizah dah..arab mantop,kalam Tuhan berbunga di hati~~
tp malangnya tidak setabah itu,dan skg sgt menyesal !__!

dan satu lg pesanan ustaz yg masih diingat *tp slalu sgt tak buat*:
"tak elok org perempuan pakai seluar (pakai jeans masa tuh)..esok awak dtg pakai baju kurung ye..manis cket..''

siapa dah ada anak tuh,boleh la ajar camni dr umah..i'allah byk manfaatnya..
utk org takde anak n kekurangan keje mcm kte ni,moh la same2 praktikkan.nanti boleh ajar anak2..*asyik pasal anak..urghhh!!*

"takkan pernah terlambat utk kita mengetahui suatu yg baru sebelum sampai waktu kita mengetahui yg kita sudah terlambat utk ambil tahu"

~sorry,quote kali ni ada belit 1000.. :p

oh ya!!sempena 29 Mei ini akan dilancarkan buku bertajuk 'Kuasa Kepimpinan Muhammad Al-Fateh' terbitan IP Minda Sdn Bhd.ade sedikit kelainan dlm buku ni..hopefully ade org boleh tlg belikn kt Malaysia..
rujuk: www.rijal82.blogspot.com

till then,jaga diri jaga iman :)


Wednesday, 26 May 2010

==Mavi dan Rachel..siapakah??==

12 Jamadil AKhir 1431H

assalamualaikum semua :)

ini updet Pelayaran Sukarelawan ke Gaza. klo tak silap,ni tak sama dgn kapal yg membawa 4rakyat Malaysia yg berlepas dr Cyprus spt yg dikhabarkan Buletin Utama,25 Mei. nama kapal mereka Rachel Corrie yg membawa sukarelawan dr Turki,Greece,Britain,Algeria dan Kuwait; 4org dr Pertubuhan Keamanan Global Perdana dan seorang ahli MP. mereka bergerak khamis ini.
ya Allah..!! ramainya ke sana..dan dengar khabar ini antara misi terbesar..
moga selamat sampai ke sana,dan misi ini dipermudahkan dan diberkati Allah,pelindung paling kuat..amiin ~

Kapal Mavi Marmara Mulakan Pelayaran Dengan Sambutan Penuh Gemilang



Israel mengancam akan menghantar 2 atau 3 kapal penuh dengan rakyatnya yang bersenjata untuk menghalang kemasukan konvoi kemanusiaan ke Gaza. Berita ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH, Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribuorang dengan meneriakkan takbir dan tahlil dalam upacara perlepasan kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza”meninggalkan dermaga pelabuhan Eminonu, Istanbul pada hari Sabtu 22 Mei lalu. Kapal Mavi Marmara yang berwarna putih dan biru muda dan mengibarkan bendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 tengahari waktu tempatan (jam 7 malam waktu Kuala Lumpur), menuju pelabuhan Antalya. Kapal tersebut akan meneruskan perjalananberhadapa n dengan kepungan armada tentera laut Zionis Israel pada hari Selasa 25 Mei bersama-sama 8 kapal lain daripada Turki, Greek, Sweden, Ireland dan England.


Noorazman (kanan) berpidato dan  diterjemahkan oleh HuseyinKonvoi bantuan kemanusiaan ini akan disertai oleh seramai lebih 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota perlimen dan wartawan daripada 42 buah negara. Seramai 6 orang wakil daripada NGO Malaysia turut menyertai konvoi ini, termasuklah wakil-wakil daripda Muslim Care, Jamaah Islah Malaysia, Yayasan Amal dan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN). Mereka turut hadir memeriahkan upacara perlepasan tersebut, bersama-sama perserta lain dari Indonesia, Kuwait, England, Sepanyol dan lain-lain lagi. Peserta konvoi akan menaiki kapal berkenaan di Pelabuhan Antalya.

Konvoi kapal kemanusiaan ini akan membawa muatan lebih dari 10 ribu tan bantuan kemanusiaan berupa bahan binaan bangunan seperti simen dan besi, ubat-ubatan, peralatan rumah hospital, peralatan sekolah dan makanan kanak-kanak dan bayi-bayi di Gaza.


Kapal Marvi Marvara berlepas dengan iringan dentuman puluhan bedilan mercun, kepulan asap penuh warna-warni dan pembebasan burung-burung merpati bersama-sama ribuan biji belon berwarna merah, hijau, hitam dan putih. Para hadirin yang terdiri daripada pemuda, pemudi, kanak-kanak sekolah, warga emas dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut perpelasan Mavi Marmara dengan pekikan “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tidak henti-henti mengibarkan bendera-bendera Palestin, Turki, bendera Kalimah Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada masa yang sama, lebih daripada 20 kapal-kapal kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki turut mengiringi bertolaknya Mavi Marmara menuju Pelabuhan Antalya. Mereka meneriakkan kalimah membela Palestin serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.


Sukarelawan- sukarelawan Malaysia turut menaiki salah sebuah kapal kecil tersebut bersama-sama pemuda-pemudi Turki. Lagu-lagu tema Palestin nyayian Shoutul Harokah turut dimainkan, yang membangkitkan semangat semua mereka yang menaiki kapal tersebut.


Ketua wakil-wakil NGO daripada Malaysia, Tn Haji Noorazman bin Mohd Samsuddin, merupakan pemidato yang pertama naik ke pentas. Pidato beliau telah diterjemahkan oleh Naib Presiden IHH, Huseyin Oruc, ke dalam bahasa Turki. Turut menyampaikan pidato adalah wakil NGO daripada Kuwait, England, Ketua Pertubuhan Palestin 1948 Sheikh Ra’id Salah, dan juga seorang pemuda Palestin yang cacat akibat kekejaman Israel.


Tn Haji Noorazman yang dijemput ke pentas sebagai mewakili NGO-NGO daripada kawasan Asia Tenggara. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi sokongan penuh kepada konvoi kemanusiaan ini. Beliau turut mendoakan agar Allah memberkati semua masyarakat prihatin yang sudi menghulurkan bantuan bagi menyokong konvoi ini. “Saya berdiri di sini mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta orang,” kata beliau dalam bahasa Inggeris. Beliau menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan tetap berusaha untuk sampai ke Gaza, “Walaupun kami terpaksa berenang ke pantai Gaza!”


Syeikh Ra’id akan turut menyertai konvoi kapal kemanusiaan ini. Dalam pidatonya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahawa mereka tidak bersendirian akibat diembargo oleh Zionis Israel dan sekutunya. “Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang ditimpa kezaliman!” jerit beliau.


Presiden IHH, Bulent Yildirim, turut menyampaikan pidato selama lebih setengah jam, dengan hujah-hujah penting melibatkan sikap pemimpin dunia yang bersikap dua muka terhadap permasalahan Palestin. “Kami adalah konvoi keamanan yang tidak membawa sebarang senjata. Yang ada hanyalah 150 batang pensil!” [Merujuk kepada barangan sekolah yang dibeli oleh kami relawan Malaysia, antara lain termasuklah 300 beg sekolah yang berisi peralatan menulis, setiap beg berisi 6 batang pensil]. Bulent turut berhujah, “Wahai para pemimpin dunia, wahai para pemimpin OIC, wahai para pemimpin Amerika dan Eropa, wahai Mahmud Abbas, anda melihat siaran TV Turki dan TV dunia memancarkan pelepasan kapal ini. Hari ini tolong ucapkanlah sesuatu untuk membantu Palestin, bahawa kami pergi ke Palestin untuk membantu Palestin. Tolong nyatakan kepada dunia bahawa Palestin yang sedang dijajah dan dizalimi perlu dibantu. Dan katakan kepada Israel, jangan cegah kedatangan kapal-kapal ini!”


Bulent turut menyampaikan bahawa Israel telah berkali-kali mengeluarkan ancaman akan mencegah dan menyerang konvoi kapal-kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza. Menurut Bulent, sama sekali tidak ada perkara buruk yang dilakukan oleh kapal-kapal kemanusiaan ini. Dan menurutnya, yang buruk adalah mereka yang secara sengaja ingin menyerang kapal-kapal ini dengan senjata. “Teroris adalah mereka yang menyerang kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang bermaksud baik dengan menggunakan senjata,” kata Bulent di tengah hujan gerimis yang semakin lebat.


Ancaman yang terakhir, menurut Bulent, adalah golongan pelampau Yahudi yang mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal membawa rakyat Israel bersenjata untuk menghadapi konvoi ini. “Bayangkan, mereka mengancam kita dengan kekerasan seperti lanun-lanun ganas,” tegas beliau. “Apakah yang akan Amerika lakukan terhadap kami jika kapal-kapal kemanusiaan ini dirompak oleh Israel? Kapal-kapal ini tidak membawa senjata, kami hanya membawa 150 batang pensil agar anak-anak Gaza dapat terus belajar,” ucap Bulent.

Tuesday, 25 May 2010

==live life traffic light==

10 Jamadil Akhir 1431H

assalamualaikum semua :)

Kita dilarang bermegah dgn kesilapan lampau kita bimbang nnt hati bangga dgn dosa yg dilakukan..ya..benar!
tapi kte nk tambah cket~
jgn lah kita menyesal dgn kesilapan yg telah berlaku,sbb kesilapan tu lah yg jadi kan kita ingat utk lebih berhati-hati..salah langkah itu yg akan bantu kita utk tidak lg melencong ke arah itu~

menasihati dgn pengalaman ada kalanya lebih berkesan dr berkata-kata hanya pd teori dan prinsip.ada sesiapa tau ke bila prinsip kita akan goyah?atas sbb apa iman bakal digoncang?
bersyukurlah org yg buat salah,dan menyedari slps itu yg dia dah buat salah dan berazam mengubah tingkahlaku. saat si pelaku salah tersentak dr mainan dunia,saat itu lah sebenarnya si pelaku ada kekuatan dan kelebihan utk menasihati org lain.

kte pernah buat salah..dan hidup terlambat 5tahun dr kawan2 sebaya..sedih je kan??huhu !_!
tp perlukah meraung menangisi masa yg dah dibuang?lagi buang masa jee..
perlu bangkit..kuatkan diri supaya tak buat lg (sgt2 berharap).kembali ke pangkal jalan org melayu kata..berdiri di pentas utk bilang pd org ramai jgn buat kesalahan yg sama.
kerana manusia memang merancang,tapi sebaik penentu hanya Allah Al-Khaliq.
(cuma susah nk ckp kat org ye sy dh rase idop mcm tuh,awak main2 jauh dr tempat tuh..kan?)

dlm doa harian,mohon lah ditetapkan hati kuat bermujahadah..
sbb kita tak tau kan di trafic lite mana pacuan hidup ini akan berhenti dan simpang mana kita nak belok nanti. ada ruang memang boleh u-turn,tak kurang juga kalo hujung jalan tuh jalan mati.tp itu pon bukan kesudahan,masih boleh buat 3-pointer..dan kita kena ingat di setiap trafic lite ada tempoh all red (teorinya all red average dlm 3 saat..sempat kan utk istighfar?),di mana semua pacuan akan statik. masa ni lah kita ada ruang berfikir samada nk tukar haluan ke tak.bila lampu hijau dinyalakan,pacuan sibuk menuju arah masing2.jgn lah pacuan kita silap arah..
gambar dr baju baby yg dibeli..hehe..taktau utk siapa,tp kemarok nk beli brg baby gak ;p

setia bukan dilihat serapat mana kita bersama, tp setia diuji saat kita berjauhan.
janji tidak la semanis madu andai ditepati, tapi boleh jadi setajam pedang pabila dikhianati (~_^)

kte pernah ditanya, fara buat apa kalo berjauhan?
huh..buat ape lg selain tanya khabar,titip doa je mampu.
dan ditanya lg,mcm mana lepas rindu pd ukhuwah itu?
jawapannya sama..dlm doa rindu diluah,dlm bait ukhuwah diikat.
si sibuk bertanya lg,mcm tuh senang je??macam tak rindu pon..
Allahu Allah..yang mencipta hati itu bukankah Dia,kalo mmg kita berpisah krn cinta-Nya,mengapa gusar??
memang nyata Allah itu As-Sami' dan Al-Basir..Maha Mendengar dan Maha Melihat..kuasa fara terbatas,yg paling handal memang Dia..

till then,terus membantu dan berdoa walau kita berpisah ya..janji ngan kte? i'allah :)

Sunday, 23 May 2010

==envy of the envi==

8 Jamadil Akhir 1431H

assalamualaikum semua :)

how do u do today?i hope dat u r fine n will always wif Allah's blessings..lets say thank you Allah for all the air we inhaled and all the faith we set up~

kte skg da ada di rumah..dah nk masuk malam kedua tido dgn mama n baba kt sini. riang nye hati tak terkata bila baba agreed to stay here.kalo tak tido hotel,buat mat saleh tu kaya je ek..as what i shared before,we went to Portugal few days ago,n the last day there it was baba's burf-day..

sanah helwah baba..i'll pray for your happiness and for all the ease you should have. O Allah! please grant us with success here and thereafter,for these are what baba are hoping for..amiin~

i went to a supermarket and bought baba a present.the initial price was 11 euro,but then when reached at the counter they cant find the price-tag.after few minutes,the item was scanned only as 3 euro. kami terima je la kan..hehe~~soon after touched down at Gatwick,we headed to Swindon and reach the hotel almost at 10pm.i was about to checked-in when the receptionist said that my room was taken,and they had to transfer us to another hotel. luckily the next building do have extra rooms and it was much expensive..but the first management agreed to pay that bill..yey!!well..these probably can be said as the burf-day boy's lucky day..Allah jua memberi rezeki.parents will fly back to JB tomorrow night from London.have a safe journey baba n mama :)

have u read any news on the oil spill at the Gulf of Mexico?it was BP's oil drill site n they tried very hard to siphon the oil..wahh..sempat ke??the crude oil (which is the most 'virgin' oil) have moved away along the coastline..Flourida might be affected if the oil enters the wave n move anti-clockwise towards the coast. they claimed that if it really happens people can see the black water from Miami hotels..hehe..lame2 takde la org nk sun-bedding kat situ kan??tapi kesian ikan2.. :(
i don't really know the oil field works but what i most concerned of is the environment..lalala~~
ya Allah,kalo kt Malaysia jadi benda nih hilang la pantai2 yang cantek..huhu

okelah,got to go..hehe..got to sleep..see you next entry.
till then,be wise in every decisions and do remember Allah always :)

sweet note: ada sesiapa yg mengikuti kisah illuminati dan one-eyed mission?dah bace tulisan blog ttg illuminati di tanah melayu?boleh share tak?

sweet note 2: 2012 olympic's mascots also only one eye!!! fikirlah..~~


Thursday, 20 May 2010

==berita dr Algarve==

5 Jamadil Akhir 1431H

assalamualaikum semua :)

kali ni bersiaran dr bumi bekas penjajah Malaya, tanah tumpah Alfonso de Albuquerque.
menyaksikan gelagat penduduk negeri Algarve,Portugal yang baik dan peramah..opss..tu pon kalo mereka tau cakap english..tp so far,senyuman tak lekang. walaupon ada masanya mereka tak paham pon apa kte tanya..huih..maka bahasa serbaguna dunia digunakan--sign language.

dr Gatwick,London penerbangan easyjet tiba di Aeroporto Faro jam 1515, Ahad 16 Mei. baba dah sampai dulu sbb die naik BA.satu perasaan saat dpt keluar dr pintu epot...macam dah balik Malaysia ^__^
cuaca nye lebih kurang dalam econ di Malaysia,pokok2 nya pon sama macam tanah air..instead,ada bunga raya tumbuh byk kt tepi jalan..aha..patotla org Portugis dulu boleh tahan tinggal di Malaysia,lebih kurang je. mendengar alunan saxophone di central Faro,sesayup alunan P.Ramlee..mmg ada iras2 lagu melayu. :)
kami tinggal di Vilamoura,satu tourist area berhampiran pantai. ni kira mcm Desaru or Bandar Penawar di Johor. byk pentadbiran Desaru boleh blaja dr sini,mcm mane nk meramaikan kunjungan dan menambahbaik kemudahan sedia ada. kalo sungguh2,i'allah meriah Desaru tuh..
eh..lupe cite.baba yg ada seminar di sini anjuran IWA. dah alang2 mereka kena transit London,kte ikut je la..dpt teman mama jalan2 sbb baba keje siang malam..td br dpt bawak baba g marina,pegi tepi laut..yey!!dpt makan aiskrim stlh begitu lama aim..alhamdulillah~

oke la, nk dinner.baba dah siap masak..eish,jgn pk bukan2 ye.br kali ni die masak,sblm2 ni kte dah siapkan lunch n dinner..kami tinggal di apartment,jd g supermarket beli brg2 masak je..
esok flight blik smula ke London dan akan teros ke Swindon sblm balik Loughborough. kena balik semula ke workstation, sv sudah memanggil2..hehe

till then, cuidar..obrigado para Allah :)


Sunday, 9 May 2010

==MKP Loughborough==

24 JamadilAwal 1431H

assalamualaikum semua :)

kali ni kte nk promote sikit..eh tak..nk promote banyak ttg program anjuran Masyarakat Melayu Loughborough (MML), Misi Kasih Palestin (MKP) dan Majlis Syura Muslimun (MSM) seperti ketetapan berikut: (sile klik gambar utk lebih jelas, atau klik promo di sebelah kiri page ni)





kini tinggal semingu lagi sebelum hari kejadian, selaku AJK HELWA MML '10, diriku sgt nervous..fuhh.. !_!

HELWA is in-charge for the charity sales. we have tables of delicious Malaysian cuisine such as Nasi Lemak, Roti Jala, Karipap, Kuih Lapis, Baked Pasta, Agar-Agar and also special Teh Tarik n Kopi Lazat. we also sell goodies for children and pre loved items donated by friends. walaupun barang2 terpakai, semuanya elok2 belaka. instead kte dah kebas satu tudung utk atok yg nk ke umrah next two weeks and my fren bought a sewing machine!! kami beli dulu tanda sokongan awal ;p

mari2 hadirkan diri..dengar talk dr Ust. Maszlee Malik..nnt balik Malaysia susah dah nak pergi ceramah die,kena dok KL br dpt g..so jgn lepaskan peluang..
kepada rakan2 pembaca dr Malaysia yg ingin turut sama menyumbang, sgt2 dialukan. since my parents are coming next week, kiriman wang tunai boleh dilakukan (sbb bank charges mungkin membebankan anda, kte boleh tlg dahulukan duit dulu).

okeyy..noted!! i have less than 6 days to make sure it goes well sbb pd hari kejadian nanti i won't be there kerana ada appointment di Portugal. Doakan program ini berjaya menyumbang utk saudara di Palestin, dan doakan mereka di sana sentiasa di bawah lindungan rahmat Ilahi.

dari sedutan ucapan di Perhimpunan utk Palestin sebentar td di Stadium Melawati,Shah Alam:
"kita di Malaysia tidak meminta dilahirkan di sini. Mereka di Palestin juga tidak meminta utk dilahirkan di Palestin. Tapi Allah bg kita (yg hidup aman) ni utk membantu saudara di sana"

till then, don't despair and shall always turn to Allah, in sad or happiness :)

Friday, 7 May 2010

==dinding jagung==

23 JamadilAwwal 1431H

assalamualaikum semua :)

here i've come with a story of my trip to Cornwall,UK..kat mane tuh?search that thru google..it's the southern tip of England.ahh..reminds me of Asian Mainland southern tip in Tg Piai,Pontian..hv been there?nice natural mangrove experience~
well,this trip was exciting..yela..jim alif kaf wau nun..staying in a caravan for three nights.there were 5 of us,and another caravan of kak yong's family of 9.supported by only small tiny pillars would make u tipping and walking slowly in it..ala2 pijak semut tak mati.take a closer look at it's steel-beam beneath it,and civil-ians u know this would help so much rite?transferring the load to the tiang seri..yeah!my knowledge on structure masih boleh tahan ek?hehe~~


on the 1st day we went to Eden's Project,a garden full of flowers with two climatic dome in it-a rainforest biome and mediterranean biome.mcm taman 4 musim di bukit cerakah tu la kot (tho,i've never been there yet!).they display how these two regions have different weather and living plants.i just wonder why do they focus Malaysia in the rainforest biome?despites that Indonesia,Sinagapore,Thailand,Brunei and all other ASEAN countries have the same climate.lepas rindu kejap la pd kepanasan tanahair,even they might exagerate the hot and warm condition inside it.maybe the radiation highlights it more.n 1 thing i notice at the entrance they had this big sign saying that u may need hat to cover ur head,water bottle and kindly take off ur jacket.hoho...they gone seksi dlm situ(sleeveless da sume).i bet they are willing to come to Malaysia next time.tak sampai brape minit and my face turns red.okey!blik nanti kang camne la ;p



later in the afternoon,kami pergi tangkap ikan..hoho..tipu je!!we went to Mevagissy,cari ikan fresh tuk bakar mlm tuh..


then,this 2nd day was the main intention of the trip.we went to Lands End,the name tells u more ;p
angin laut English Channel bertiup kencang.as for me yg degil tak bwk single jacket,beku la di situ.i just brought my shawl along,ntah angin pe die boleh block pon taktau la.it was a great view,subhanallah!!the cliffs along the beach,the hard rocks beaten by the waves..hv u ever wondered how tough is the cliffs?that's the amazing creation from Allah.and also we visited this tiny farm near the beach,greeted by a friendly sheep.breakfast2 tu pon tak lupe say 'hye' to us..well,it's in the mbek mbek language la.very the nice!!subhanallah~~



next,we headed to Minack Theatre,a sea view theatre platform.nice indeed!!sayang takde show mase tuh.just before zohor we went to Trebah Garden,taking few steps for brizz walk before we reached the beach.sape paling suke?of cos the kids.. :)




overall,this holiday trip was nice!!everything-the place,the people and the most is Allah's creation which make me feel so amazed..subhanallah..with all the signs,why people keep denying it?it's not the nature who does all these,it's HIM,the Most Powerful and the most Merciful..

i got plenty of other pics,hopefully u can view that thru my FB.will upload that later,i'Allah.

till then,don't despair..and do turn to Allah :)

sweet note: we r planning for Palestine Mercy Programme next week,may Allah ease this work upon us..amiiin!!

Wednesday, 5 May 2010

==cover==

21 JamadilAwal 1431H

assalamualaikum semua :)


"everything that God made valuable is covered and hard to get. Gold - covered deep down in the ground. Pearls are protected in a shell and covered deep down at the bottom of the ocean. Diamonds are covered way down in the mine behind layers of rock. You are more precious than gold, pearls and diamonds. You should be covered too"
- Muhammad Ali (boxer) talked to his daughter.

mode: tak sempat nak cerita pjg2 lg..see u next time wif upcoming stories of Cornwall.

till then, say thank you Allah always~~ :)