CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label deEn~. Show all posts
Showing posts with label deEn~. Show all posts

Friday, 23 March 2012

Global March to Jerusalem



Salam semua :)

mari join myGMJ....30 Mac 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.

coppp!!!

GMJ tu ape?
Gemok Montel itu Jelita ye??

hehe....nop nop nop...

kindly read below...and further below..thank you! :)


GMJ’s concept and objectives
The historic day 30th March marks Palestine Land Day* in Palestinian national memory. This year our aim is to mark it as an international event to demonstrate solidarity with Palestinians and to protect Jerusalem. This will be achieved by organizing a Global March to Jerusalem or to the nearest point to it. The march will demand freedom for Jerusalem and its people and to put an end to the Apartheid, ethnic cleansing and Judaisation policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.
By organising the March and its preceding and parallel activities we aim to highlight the cause of Jerusalem (the City of Peace) which is considered the key to peace and war in the region and the world. The march will confirm that the policies and practices of the racist Zionist state of Israel against Jerusalem and its people are a crime not only against Palestinians but against all humanity.
The march will unite the efforts of Palestinians, Arabs, Muslims, Christians, Jews, and all citizens of conscience in the world to put an end to Israel’s disregard for international law through the continuing occupation of Jerusalem and the rest of Palestinian land.
We aim to make this march a turning point in the nature of the confrontation, with the occupation having to face millions of protesters and demonstrators demanding Freedom for Palestine and its capitol Jerusalem. We will make a renewed true effort towards ending the occupation through peaceful national movements inspired firstly by our convictions, secondly by the justice of our cause, and thirdly by the spirit of the Arab spring revolutions and the determination of young people who were able to overthrow dictatorships. Especially now that the nations have realized the magical effect of the people’s will to make the impossible possible. The advancing slogan, “the people demand,” has proved to be more effective than armies and weapons.
Perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju Palestin dan beberapa negara jiran, yang seterusnya akan ke Baitulmaqdis atau titik kwasan yang tersekat dengannya. 

Apa kita di Malaysia perlu buat?
1. Menyertai muGMJ atau mana2 pertubuhan yg bersekutu dengannya. Ada 10 NGO Malaysia yg turut serta.
Pada 30 Mac 2012, rakyat Malaysia akan membawa dan mengibarkan bendera negara-negara yg telah mengiktiraf Palestin sbg sebuah negara serta akan berkumul dan berarak menuju ke replika Jerusalem yg berlatarbelakangkan Masjid Al-Aqsa dan Church of Nativity.
2. Hebahkan aktiviti myGMJ.
3. Boikot barangan Israel
4. Nyatakan pandangan anda kepada media.

Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan sempena myGMJ:
1. Flash-mob myGMJ di Dataran Merdeka pd 17 Mac 2012.
2. Konvoi bermotor besar myGMJ.
3. Kempen kesedaran di IPT,sekolah, media dan pusat tumpuan umum spt Plaza Angsana JB dan Mydin Subang Jaya.
4. Konvoi pre-GMJ bermula dari Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Mac 2012.


5. Wakil rombongan Malaysia ke Amman. (boleh download borang permohonan di website myGMJ)

Maklumat lanjut:
RM100k sasaran utk dana operasi GMJ. CIMB AQSA SYARIF BERHAD 1216-0000452-101 




"Dunia sedang berarak,tapi kita?"

pssttt: Gemok Montel itu Jelita pada pandangan Allah jika pakaiannya adalah takwa...dan akan bertambah jelita si gemok montel kalau yang dipakai itu bukan sarung nangka yg sehingga terhasil banyak spare part..peace!!

Wednesday, 10 November 2010

==Aidil Adha==

assalamualaikum semua :)

tak lama lagi ketibaan hari raya aidiladha. bak kata penyimpan mohor besar kita raya pd 17Nov2010.
(rasenye belum habis beraya aidilfitri lagi nih..hehe)

gambar dari en google

sedikit perkongsian untuk persiapan mental kita di hari raya aidiladha ini. kerana lazimnya perkara macam ni ramai yang terlepas pandang. macam orang melayu selalu keliru antara adat dan tuntutan syara'. 
butiran dipetik dari tulisan en Mohd Yaakub Mohd Yunus yg dikarang utk Muslim Bloggers Alliance. 


1. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.
Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.
Ali r.a berkata:
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

2. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.
Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.
Sabda Nabi s.a.w:
فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya:
“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu).” - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

3. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.
Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).
Anas r.a berkata:
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.
Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

4. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.
Anas r.a berkata:
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:

“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.
sambung lagi dgn butiran selanjutnya dlm entri akan dtg.
till then, jaga diri jaga iman :)
sweet note: haida adlin hasni, walau kita sama berjanji utk berhijrah ke wilayah darussalam itu, nyata Allah pilih kamu dulu sahabat. berjuanglah !! esok lusa kita ketemu lg..mungkin di queen's land lg skali. best of luck dear ^^~

Friday, 17 September 2010

ramadhan, syawal dan ukhuwah

7 Syawal 1431H

assalamualaikum semua :)

bukan taknak sharing2 lagi kt cni, tp hal2 dunia tak sudah nak menempek dlm kepala ni. tambah lagi dgn ke-bz-an sepanjang ramadhan. dah syawal, hal dunia dtg lg..aiyyak!!

ramadhan

Alhamdulillah, ramadhan disambut penuh meriah kat sini, tak rasa sunyi pon tak balik buka dgn family. kami di 138 catering kena siapkan iftar utk org2 di surau every weekdays. alhamdulillah, Nabi s.a.w. bersabda pahalanya sama spt org yg berbuka itu. dah alang2 kena masak utk 60-80 org tuh, kami pon join iftar di surau. berbuka dgn rakan2 muslim dr negara lain. masing2 nak introduce juadah special negara sndiri..hasilnya, dpt la rasa pakora (pakistan) dan apam balik basah (sudan). kdg2 ada yg tak sempat masak, diorang bawa coklat, kek etc..semata-mata utk memeriahkan kemenangan tatkala senja. 
10 malam terakhir, kami stay di surau. yg kena buat keje siap bwk laptop buku segala bagai ke surau. kunjungan sisters dr leicester memeriahkan malam pertama iktikaf. awal2 tu cuma kami sisters malaysia yg stay, dah hujung2 berjaya mempengaruhi Alia dr Sudan tuk join. iktikaf jadi meriah, ibadat jadi lebih bersemangat utk dilaksanakan. sahur pon boleh tahaaaann. terkejut Alia sbb org2 melayu ni sahur pon cari nasi. die rilek je makan cereal n fresh milk. tp one thing, Alia dah boleh makan pedas!! yey~~

syawal

Solat raya di Victory Hall, LU. khutbah raya disampaikan ustaz mazrul. kesian ustaz dan anak2 binaannya, gabrah2 mereka merangka text khutbah in english. tp isi nya mabeles!! :)
mcm mana tau??sbb patotnya hujung2 ramadhan tu ada external assistant tolong kami di dapur,tp selalu punch card lewat diorang ni. so kami tau la suprise pagi raya siapa khatibnya.

masa duduk2 dlm hall tuh, ada seorang sister ni bercerita dgn org di sebelahnya, "she,she,she,she...and her (that's me)..we all had iftar and terawih together in Brockington. they are malaysians, I can remember them."
Ya Allah...!! terasa mahabbah dan manisnya ukhuwah tu. tak pernah pon borak pjg ngan sister ni, tegur gitu2 je. Islam unite us :)


 Eid solah at Victory Hall

sisters' saf at the behind

hafsah and husna giving out chocs and sweets after eid solah

dalam byk2 open house dan jemputan raya kali ni, ada dua rumah istimewa kte pegi ziarah. both has the same case, malay women married to local british. terima kasih kakak-kakak for having us this syawal. thank you Allah. mereka mahu berkawan dgn melayu2 lain despite lebih 10thun tinggal di UK dan kawen dgn omputih. mereka masih tanya dgn siapa nk blaja hal2 agama. jawapan ktorang mestilah kak afa n ustaz mazrul.hehe :)
diorang pernah terserempak masa open house di rumah dr rozi. ustaz borak2 dgn husband kak ayda. ustaz pon main2 (tahap suka sgt) dgn ethan, baby kak maria. hidup jgn ada bias. i'allah satu hari nanti hidayah akan sampai pada 2 mixed families ini. jauh d hujung hati kak ayda n kak maria mereka masih mahu jadi melayu. dan masih mahu memperbaiki diri dan keluarga. kalau diorang takde cita2 camni, kte tak rasa diorang susah payah bersilaturrahmi dgn kami di loughborough, sbb rumah diorang kat tempat lain. Allahu rabbi yassir wa la tu'assir wa tammim bil khair, amiin~

baby ethan adam and yasmin (lupe 2nd name die) di open house dr rozi

teringat cerita kak maria macam mana pihak jabatan agama kat malaysia yg menyukarkan proses pengislaman abg omar dan proses pernikahan diorang. mujur family kak maria kuat, dan mereka nikah berwalikan hakim di UK. dr cerita kak maria, die kesal kenapa melayu muslim ade pandangan macam tu. abg omar betul2 ikhlas convert ke islam, tp disalah erti oleh pihak2 pendaftar di pejabat agama sendiri. wallahu'alam. 

kadang2 kan, kita manusia ni ada ego. bila mengajak dan memperbetulkan org lain kita sungguh2 nak justify yg pihak kita yg benar. sepatutnya kita niatkan yg hendak diperbetulkan itu utk kemaslahatan dan kebaikan org itu. kalau org2 berilmu (kte tak kate hny ustaz ustazah saje oke!) sendiri bertelagah antara satu sama lain mengatakan aku yg hak, dia itu batil bila lah agaknya akan ada penyatuan hati. oke, contohnya. ustaz A ckp dgn kak ayda/maria awak cmni bla bla bla. then ustaz B pula ckp awak mesti bla bla bla., tambah plak ada contradiction dan saling memfitnah, pening woo kakak dua org ni. tp yg paling kesian nanti adalah anak2 diorang yg mewarisi agama islam ini. dlm surah as-syura ayat 14, Allah menceritakan pertelingkahan antara ahli2 kitab dan bagaimana mereka berpecah belah. tp di hujung ayat Allah emphasized tentang ORANG2 YG MEWARISI sesungguhnya berada dlm keraguan yg mendalam ttg Al-Quran. yg lingkup bukan generasi skg, tp mereka yg hanya ada nama muslim dlm IC dan mereka yg hanya ada Al-Quran utk kumpul habuk kat rumah.

jadi,kalau bukan generasi skg yg kita lentur dan bentuk hilanglah generasi2 seterusnya. kalau kita yg bertikam lidah menegakkan hak masing2, kita boleh terlupa menegakkan kalimah Allah.

masih di awal syawal, hubungkan lah silaturrahmi sehabis mampu anda. jangan pernah berhenti. walaupun sesama melayu muslim. byk lagi yg perlu kita sama2 perbetulkan.

sweet note: terima kasih wani sbb dtg teman buka puasa 1 ramadhan kt umah, disebabkan terlalu byk workload awal ramadhan. jazakillah khairul jaza' :)


Wednesday, 28 July 2010

==Saya dan Ramadhan==

16 Syaaban 1431H

assalamualaikum semua :)

Saya suka 
sepanjang Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka terkatup rapat
Saya suka 
di hujung minggu Ramadhan perantau berebut pulang berbuka di kampung
Saya suka 
bagi menghormati Ramadhan yang seksi dah tak seksa diri dan ayu bertudung
Saya suka 
dengan keberkatan Ramadhan anak-anak muda  menjenguk masjid dan surau
Saya suka 
atas nama Ramadhan liqa’ tadarus Al-Quran tumbuh macam cendawan
Saya suka 
bacaan terawih Ramadhan lunak dialun para Imam Al-Hafiz
Saya suka 
malam Ramadhan meriah dihiasi qiam dan taqarrub pada Ilahi
Saya suka 
kerana ada satu malam dalam Ramadhan pahalanya seperti seribu bulan 



Saya tak suka 
disebabkan Ramadhan pekerja bagi alasan nak curi tulang di pejabat
Saya tak suka 
walaupun Ramadhan muslim yang tak puasa tapau makanan tengahari kat kantin
Saya tak suka 
apabila Ramadhan orang membazir tatkala membeli juadah berbuka
Saya tak suka 
ketika Ramadhan orang berbuka puasa sampai hampir waktu Isya’
Saya tak suka 
di 10 malam terakhir Ramadhan orang lebih pentingkan kuih dari ibadah 
Saya tak suka 
jika Ramadhan hanya dianggap rutin dalam kalendar Islam
Saya tak suka 
di penghujung Ramadhan sambutan Syawal lebih meriah dari menghayati Ramadhan

till then,we still have less than 2 weeks of madrasah Ramadhan :)


sweet note: terima kasih kpd yg menegur..dah edit ~_^

Friday, 9 July 2010

==10 angkasawan pon takkan sama==

26 Rejab 1431H

assalamualaikum semua :)

di sana sini skg penuh dgn aktiviti ceramah dan bengkel sempena sambutan malam isra' mi'raj,saat Nabi Muhammad s.a.w. diangkat ke langit.seronoknyeeee~~

kalau kita kagum dgn pengalaman angkasawan negara,kita patot 1000kali kagum dgn perjalanan Nabi s.a.w..

return trip Baginda satu malam je.perjalanannya ke langit pd ketinggian yang tidak terjangkau dek akal.mode of transport Baginda lebih hebat dr space shuttle.amazing, bukan?!?

kalau kita angkat tangan bertukar salam dgn angkasawan,kita patot tunduk sujud menyembah keagungan dan kehebatan Allah..

Nabi s.a.w. diiktiraf Ar-Rahman,disayangi malaikat,digeruni musyrikin,dirindui mujahidin..

kita pilih..!!
pemuda mana layak di-wow-kan..

kita tentukan...!!
berapa kapasiti ruang di hati dipenuhi kecintaan buat qudwatun hasanah itu..

andai ada 10 angkasawan pon,takkan sama martabatnya dgn ketinggian peribadi seorang yg bergelar khatimul anbiya'.

saidina abu bakar r.a. tulus percaya return journey nabi ini,walhal org2 lain masa tuh ramai yg kata nabi junjungan kita gila..cuba skg ni,ada org nk pergi bercuti kat bulan kita semua terima je bulat2..boleh pulak?!?apa nak jadi dgn iman kita ni ye... !__!

Daripada A’isyah R.A katanya : Tatkala Nabi S.A.W diisra’kan ke Masjidil Al-Aqsa, Manusia mula bercerita mengenainya. Ada di antara mereka yang berpaling daripada kepercayaan kepada badinda. Sebahagian yang percaya menemui Saidina Abu Bakar bertanyakan isu berkenaan. Mereka bertanya : “Apa pandanganmu terhadap sahabatmu yang mendakwa dia di’isra’kan pada waktu malam ke Baitulmaqdis ?. Saidina Abu Bakar bertanya : “ Adakah dia mengatakan sedemikian ?.” Mereka menjawab : “Ya” . Kata Abu Bakar : “ Seandainya dia kata sedemikian maka benarlah dakwaannya itu “ . Mereka berkata lagi : “ Adakah engkau mempercayainya sedangkan dia mendakwa dia pergi ke Baitulmaqdis hanya dalam satu malam dan kembali sebelum subuh ?” . Katanya : “ Ya, Aku mempercayainya walaupun dia mengatakan lebih jauh daripada itu. Oleh kerana itulah dia digelar As-Siddiq..

VS


sweet note: kalau kita biarkan ikan depan kucing,kemungkinan besar ikan dicuri kucing..
kalau kita biarkan hati dan jahiliyah berjumpa,kemungkinan besar hati ditakluk noda hitam~~

till then, letak ikan bawah tudung saji,letak ibu lesung atasnya.jadi kucing tak mampu tolak tudung saji dan cekau ikan bawah tuh :)

Thursday, 1 July 2010

==u polo them,they polo u==

19 Rejab 143H

assalamualaikum semua :)

entri sblm ni kte da tulis pasal konsep amal bekal akhirat, which is to me penerapannya perlu dimulakan skg.i can't see there will be any deficit in your account or wasting any of your efforts.it is just an addition to what you are doing now,justifying your mission and enhancing the rewards..betol??

now,lets look at another thing.
cerita,sejarah,riwayat..semua ini memang ada impak dlm pembentukan sahsiah dan keperibadian bangsa.ololooo..skema ayat ni ;p
bukankah pengalaman tu guru terbaik??
sbb tu ada subjek sejarah dlm silibus sekolah, ada kisah2 tauladan dlm Quran. dan manusia ni pula mmg jenis suka mencontohi dan membontoti apa yg org lain buat.
adik kecil ikot lompat bila abang melompat.
anak bujang pergi merempit sama bila kawan2 merempit.
org buang baby tepi sungai pon sbb tiru apa org lain buat juga,kan?


kita ini asyik disogok cerita melayu purba yg taat kepada Sultan..copp!! purba sgt ke kalau ini adalah cerita zaman Hang Tuah?? hopefully not..kpd waris perwira-perwira melayu ini,jgn la amik hati ye.kami semua tetap kagum dgn keberanian dan peribadi Hang Tuah n frens,Mat Kilau dan yg lain2. *sbnrnya dah tak ingat sape lg..*

maka,hasilnya Malaysia mempunyai warganegara yg taat dan tunduk patuh kepada pembesar.negara kita aman damai kerana pendapat dan idea pemerintah diterima rakyat *oh..tp kita semua terima dgn syarat kan,bukan bulat2 kiasu kiasi*

cuba la kan..cuba la..kalo kita kenalkan anak2 kecil dgn sirah nabawiyyah.biasakan mereka dgn tauladan para sahabat.apa bezanya mesej yg ingin disampaikan?dr kisah Hang Tuah,semua tahu beliau sgt setia kpd Sultan Melaka.
what about the Companions of Rasulullah pbuh?they also have faith in The Messenger,they follow all the commands.so??

ada satu kisah dlm sejarah Islam,seorang ayah menulis sepucuk surat kpd anaknya yg sudah meninggal dunia.si ayah menyoal diri sendiri perlukah dia teruskan kerjanya mendidik anak bangsa,menulis dan bercerita kpd anak kecil stlh kematian anaknya?yela,selama ni die menulis kisah2 tauladan utk anaknya.supaya anaknya membesar dgn elok dan sempurna.

surat ini dlm bahasa arab dan panjang,tp diringkaskan dlm 3point spt berikut :
1) dlm hidup ini ada perkara lg penting selain dr kumpul duit,makan dan pakai.ya,dlm hidup ni kita ada tugas,ada peranan.kita dipertanggungjawabkan dgn tugas utk memakmurkan dunia dgn kash mesra dan membawa kebaikan dan kebajikan.
2) ayah bercerita kerana kamu anak2 kecil suka akan cerita.jika apa yg ayah lakukan ini kamu suka,tentunya ia lebih dekat di hati kamu.dan kamu mudah utk mencontohi.kerana mithali itu mission ayah.ayah mahu berhemah tinggi menjadi matlamat hidupmu,sentiasa meningkat bukan shj di dunia tp ua di akhirat.
3) ayah bercerita sirah nabawiyyah kerana ingin membentuk peribadi tinggi dlm dirimu,sbg bekalan perjalanan mu menjadi seorang syabab.

tp Allah syg kan anaknya.dan tinggal lah si ayah dgn cerita yg ditulisnya.lalu si ayah tekad,dia tak harus berhenti mendidik.biarlah dia jalan seiring dgn rakan2 anaknya spt mana dia berjalan dgn anak sendiri.kerana mesej ayah yg sebenar adalah utk mendidik anaknya menjadi org yg baik,dan menjadi tauladan kpd rakan2 yg lain.

see??
seorang ayah menulis kpd anak yg jasadnya tiada di sisi..seorang ayah yg mencurahkan kasihnya kpd anak org lain,kerana syg dia pd arwah anaknya..

again,sejarah mmg boleh memberi impak..
terapkan la kisah2 islami dlm diri anak2,dlm diri kita sendiri..supaya kita membesar dan hidup dgn tauladan yg rumpunnya adalah cinta kepada Allah.bila kita mencontohi yg baik,org lain akan mencontohi kita jua..sbb tu ada istilah 'u polo them,they polo u'

"Amalan yang jadi bukti cinta sejati,
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi,
Tapi hati terisi iman tak belah bagi,
Menjelma jadi perjuangan tak kenal berhenti.."

till then,biar tauladan jua menjadi amalan kita semua :)