CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 26 January 2010

==Mother of Faithful==


ini kisah seorang isteri Nabi s.a.w.

[maaf jika style tulisan memeningkan..copy paste dr word utk bahan usrah, tak elok cket jd nye..enjoy your reading (*_^) ]

Namanya Hafsah Binti Umar Al-Khattab. Ibunya pula adalah Zainab binti Madh’un

· Dlm bahasa arab hafs ialah nama singa.
· Umar juga selalu dipanggil Abu Hafs bersempena nama puterinya ini.
· Beliau sebaya dgn Fatimah Az-Zahra tetapi tua Fatimah beberapa hari.
· Hafsah lahir pd thun org membina kaabah,5 tahun sebelum Nabi s.a.w. diutus menjadi rasul.
· Umar hampir sahaja membunuh Hafsah kerana percaya anak perempuan membawa sial. Pd masa ini Umar belum memeluk Islam
· Hafsah bukan termasuk golongan org2 terawal memeluk islam
· Janda kpd Khunais bin Hudzafah as-Sahami. Suaminya syahid di perang Uhud. Ada riwayat yg mengatakan suaminya terlibat dlm perang Badar, jatuh sakit di Madinah dan meninggal. Ketika itu Hafsah berumur 18 tahun
· Hafsah boleh menulis dan membaca
· Beliau juga boleh mengubat gigitan serangga dengan jampian. Ini semua diperolehinya daripada Rasulullah s.a.w.

· Kisah Umar mahu menikahkan Hafsah adalah salah satu cara yg dibenarkan Allah iaitu org tua mencarikan suami bg anak perempuannya.

KISAH PENCARIAN SUAMI UNTUK HAFSAH R.A

Umar ingin menikahkan anaknya dgn para sahabat y mulia.

1. Umar tawar kpd Uthman bin Affan. Uthman pd masa itu baru kematian isterinya,puteri Rasulullah Ruqayyah. Tp Uthman jawab “ya Umar, berilah aku waktu utk berfikir”. Selang beberapa hari, Uthman menyampaikan jwpn nya. ”Ya Umar, rasanya belum tiba masanya utk ku menikah”. Beliau ketika itu masih dlm kesedihan dan boleh dikatakan spt physiology unstable.

2. Umar tawar kpd Abu bakar as-sidiq.tp Abu Bakar hanya diam hingga Umar tersinggung.

Kemudian Umar jumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan 2 cerita di atas. Rasulullah menjawab “Semoga Allah menjodohkan puterimu dgn org yg lebih baik dr Uthman dan Uthman diberi jodoh yg lebih baik dr puterimu”

Akhirnya Rasulullah menikahi Hafsah utk mengubati kedukaan sahabatnya itu. Pd org arab kalau ada perempuan di sekeliling yg tidak berkahwin ia adalah suatu yg memalukan.

Saidina Uthman pula dinikahkan dgn Ummu Kalthum, puteri Rasulullah slps Uthman dtg menagis pd Nabi s.a.w. kerana telah terputusnya ikatan saudara dgn baginda slps kematian Ruqayyah. Nabi s.a.w bersabda jika Baginda ada 10 puteri pn dia akan nikahkan mereka dgn Uthman satu persatu. Ini tanda Allah membenarkan suami utk menikahi adik beradik isteri dgn syarat isterinya telah meninggal@diceraikan.

Selepas pernikahan Rasulullah s.a.w, Abu bakar dtg kpd Umar dan berkata “Ya Umar,bukankah ketika engkau menwarkan puterimu kepadaku aku sama sekali tidak memberikan jawapan sedikitpon?”

“Benar”jwb Umar.

“Wahai Umar,sbnrnya tidak ada halangan utk aku menerima pinangan mu.hny saja aku mendengar Rasulullah menyebut2 nama puterimu.aku tidak ingin membuka rahsia Rasulullah.tetapi bila Rasulullah menolak tawaranmu tentu aku bersedia menikahi puterimu”

Selepas menikahi Hafsah barulah Nabi s.a.w menikahi Safiyyah,Juwairiyyah,Maimunah,Ummu Salamah, Zainab binti Jahsy dan Zainab binti Huzaimah.


· Hafsah adalah seorang hamba Allah yg taat,solehah,selalu berpuasa dan menunaikan solat malam.
· Tapi beliau punya sedikit sifat kasar dan keras,mungkin mewarisi sifat Umar. Lebih-lebih lagi selepas beliau menjanda.

Dari Surah At-Tahrim, ayat 3:

“ dan ingatlah ketika secara rahsia Nabi s.a.w membicarakan suatu peristiwa kepada salah seorang isterinya (Hafsah). Lalu dia menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan peristiwa itu kepadanya (Nabi s.a.w), lalu (Nabi s.a.w) memberitahukan (kepada Hafsah) sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Maka ketika dia (Nabi s.a.w) memberitahukan pembicaraan itu kepadanya (Hafsah), dia bertanya, “ Siapa yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi s.a.w menjawab,” Yang memberitahukan kepadaku adalah Allah yang Maha Mengetahui, Maha Teliti.”

Ada 2 kisah asbabun nuzul ayat di atas:

1- Nabi s.a.w menggauli Mariyah Al-Qibtiyah, hamba perempuan Nabi s.a.w di rumah Hafsah. Mariyah adalah satu-satunya ibu kpd putera Nabi s.a.w selain khadijah. Hafsah dalam perjalanan ke rumah Umar,die nampak Nabi s.a.w mengajak mariyah ke dlm umah. pdahal sepatutnya hari itu adalah giliran Hafsah. maka Hafsah sgt marah dan protes. akhirnya Nabi s.a.w berjanji tidak akan menggauli mariyah di rumah Hafsah demi menjaga hati Hafsah. Tak lama selepas itu,Hafsah menceritakan kisah itu kpd Aisyah. Allah menceritakan komplot 2 isterinya ini kpd Rasulullah. Nabi s.a.w sgt marah dan bersumpah tidak mahu menggauli isteri2nya. Nabi s.a.w protes selama sebulan.
2- Aisyah & Hafsah cemburu kpd zainab bint jahsy.dia adalah anak perempuan kpd ibu saudara Rasulullah.dia adalah janda Zaid bin Harithah. Allah memerintahkan Nabi s.a.w menikahi zainab utk menjelaskan bhwa tidak slh mengahwini janda anak angkat sndr. Aisyah&Hafsah berpakat sekiranya Nabi s.a.w mendatangi mereka,supaya memberitahu bahawa mulut Nabi s.a.w bau spt maghafir suatu juadah dr madu tetapi bau busuk yg selalu dihidangkan Zainab & Nabi s.a.w sgt suka makanan itu. Nabi s.a.w bertemu Hafsah. Hafsah pon buat spt apa yg telah disepakati dgn Aisyah. Rasulullah bersumpah tidak akan pergi ke rumah Zainab dan menyuruh Hafsah merahsiakan perkara itu.

# dua kisah ini adalah kisah kecemburuan.walaupun mereka ini isteri2 Nabi s.a.w,tetap punya sifat cemburu dan hasad. Semasa Hafsah bertanya Nabi s.a.w siapa yg menceritakan komplot itu, Hafsah lupa bahawa suaminya adalah org yg plig hampir dgn Allah dek kerana sifat cemburu dan marahnya itu. Aisyah & Hafsah adalah puteri dua orang pembesar sedangkan Zainab hanya lah janda Zaid,org biasa. Hafsah org paling rapat dgn Aisyah di kalangan para isteri Nabi s.a.w.


· Hafsah pernah diceraikan Nabi s.a.w. kerana sifat kerasnya tetapi diperintahkan Allah utk mengahwini nya semula.

a) Humayd Ibnu Anas meriwayatkan Nabi s.a.w menceraikan Hafsah tetapi merujuk semula Hafsah setelah diperintahkan.

b) Ibnu saad meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w menceraikan Hafsah tetapi merujuk semula Hafsah setelah Jibril mengatakan “ ambil semula Hafsah kerana dia selalu berpuasa dan solat malam. Dan dia adalah isteri mu di syurga nanti.

c) ‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan selepas Umar mendengar yg Nabi s.a.w menceraikan Hafsah, beliau melepaskan genggaman pasir di kepalanya dan berkata “ Allah tidak lagi peduli akan Umar dan puterinya selepas diceraikan Rasulullah”. Maka Jibril menemukan Nabi s.a.w dan menyampaikan perintah Allah utk mengahwini Hafsah semula sbg tanda penghargaan/compassion kpd Umar.

Selepas mereka bernikah semula. Abu Salih pula meriwayatkan Umar ke rumah Hafsah dan melihat Hafsah menangis. Dan bertanya “adakah Rasulullah menceraikan kamu?baginda pernah menceraikan kamu dan menikahmu semula hanya kerana aku,jika baginda menceraikan kamu lg maka aku tidak akan bercakap denganmu lg”. selepas itu barulah Hafsah berusaha menjaga hati Nabi s.a.w.

· Di rumah Hafsah tersimpan salinan catatan al-quran di atas kulit, tulang, dan pelepah kurma. Ini kemuliaan utknya. Semasa proses pengumpulan al-quran pd zaman Uthman, sumber dr Hafsah adalah bahan rujukan utama. Digelar mother of faithful kerana dia menjaga kalam allah. Disimpan dlm hatinya dan rumahnya.

· Hafsah meninggal pd awal 44hijrah/45/47.
· Dikuburkan di Perkuburan Baqi’ bersama Ummahatul Mukminin yg lain

sumber : Women Around The Messenger, Di Jalan Dakwah Aku Menikah dan beberapa tulisan lain.


sweet note: maaf atas segala typing error..(~_*)

No comments: