16th february 2010
2 rabi'ulawwal 1431H
mujahadah itu jalan nya lurus ke hadapan. bermula dengan memajukan diri dan seterusnya beriltizam membangun ummah. usah digarap jalan jihad itu hanya untuk para da'ie. orang umum juga perlu berjihad. takrifan yang sama cuma saiz dan konteks jihadnya mungkin ada perbezaan. mengawal diri dari sifat bakhil juga jihad. mengajak teman bertudung dan menutup aurat juga jihad. walau destinasi utama untuk membina semula empayar islam tampak jauh, tapi istiqamah berterusan memungkinkan segala.nafsu dilawan dan yang ma'ruf dipatuhi..
akan tetapi,perjalanan yang lurus itu kekadang hanya ilusi. keranadi sebalik semangat yang menjulang ke puncak, ada juga aral yang menunggu di setiap perhentian. hasrat hati nak dizakatkan duit gaji, tapi bila memikirkan pelaburan saham lebih nyata keuntungannya, duit tadi tidak sampai ke para asnaf. impian ingin mengajak si fulanah bertudung mematuhi perintah, lalu dihadiahkan sehelai tudung. tapi disimbah pula sumpah seranah dari si penerima. perlukah kita berundur dari jihad-jihad ini?
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(At-Taubah, 9:71)
jangan beralah dan jangan mudah menaikkan bendera putih. bukankah di setiap kesusahan akan ada kesenangan? yakinlah dengan nyata. ia diulang 2 kali dalam Al-Insyirah, ayat 5 & 6 :
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan"
luaskan ilmu, lebarkan persediaan. moga nantinya segala yang melintang dapat ditempuhi..
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan."
(Al-Hajj, 22:78)
lukiskan landasan mujahadah kita dengan dakwat tekad dan hiasi dengan warna pengharapan dari Pemilik Alam..(~_^)
sweet note : ini tiru tampal dari blog satu lg..kerana kesuntukan masa utk menyusun kata..mg ni ade final exam..mohon doanya dr sahabat semua..projek terkini pulak masih awal utk dibicarakan,jd ini dl utk masa ni..
No comments:
Post a Comment