CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 7 April 2010

==gali kubur sendiri==

21 Rabi'ul Akhir 1431H

kisah Akasyah..seorang pemuda di zaman Rasulullah s.a.w.
Beliau seorang yg kurang sikit daya pendengarannya..ini bukan cerita Ukasyah ye..tp mereka berdua sama2 ahli syurga..
(sambil terdetik..best nye ada twins,boleh nama kan macam ni..Akasyah & Ukasyah..~~)


kerana kurang pendengaran,Akasyah akan bercakap dgn nada suara yg kuat..tak caye?sumbat telinga dgn earphone,dan cuba bercakap dgn org sebelah..test la~~

suatu hari turun lah firman Allah yg berbunyi;(mafhumnya)

''Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara ) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah , mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar''

( Surah al Hujuraat : 1-3)

Mendengarkan firman ini,Akasyah jadi gusar.kerana selama ini beliau bersuara tinggi lebih kuat dr suara Rasulullah s.a.w..jadi beliau pon mengurung diri berhari-hari dlm rumah.kerana takutnya pada kemurkaan Allah.ketiadaan Akasyah diperasan oleh Rasulullah s.a.w..Baginda bertanya para sahabat,mane Akasyah.dan apabila mengetahui sbb musabab Akasyah mengurung diri,Baginda memanggil Akasyah dtg bertemunya.
Akasyah menceritakan bagaimana takunya beliau dgn firman Allah itu,yg disangkanya ditujukan kepadanya.Rasulullah s.a.w. lantas menerangkan,kalamullah tersebut ditujukan pada org2 yg memalingkan diri dari kebenaran yg Rasulullah s.a.w. sampaikan,org2 yg meninggikan siara mengherdik perjuangan Rasulullah s.a.w.
Legalah Akasyah mendengarkan perkara itu.Bahkan,Akasyah dijanjikan Rasulullah s.a.w mati syahid dlm peperangan.Jadi lepas2 tu,Akasyah akan siap2 bawak setanggi,kain kapan dan siap mengorek separuh liang lahad sbg persediaan tewas di medan perang.

Ada dua pengajaran dr kisah Akasyah ini:
1) cintanya Akasyah kpd Baginda Rasulullah s.a.w. sampaikan disangka firman Allah dr surah Hujurat itu kerana menegur sikapnya pd kekasih hatinya itu.
2) keyakinan Akasyah dgn kekasih hatinya,Rasulullah s.a.w. sgt2 tinggi.mana lah mungkin org yg berjiwa kosong pergi gali liang kubur sndr semata2 ingin mendapatkan hadiah syahid yg tak tau bila sampai,yg tak tahu betul ke tak.
kalo sekarang ade org pergi gali kubur sndr,mesti ada org lain kata gila kan??

oh..cinta para sahabat kpd Rasulullah s.a.w melebihi cinta pd diri mereka sndr..mungkinkah kita akan dpt bercinta spt itu juga?

Hassan Al-Banna pernah mengatakan generasi Al-Quran yg unik (para sahabat) tidak akan berulang lg. akan tetapi,kita masih lagi boleh mendidik dan men'dasyhat'kan diri kita dr insan biasa kepada insan luar biasa;
1. Manhaj Salimah- sistem tarbiyyah yg sejahtera yg menepati apa yg dibawa Rasulullah s.a.w. (kurikulum yg menghubungkan kita dgn sirah)
2. Murabbi Mithali- pendidik yg menghayati iman dan menterjemahkan dlm amali, akhlak nya bole menjadi contoh.
3. Biah Solehah- persekitaran yg baik. rakan2 sekeliling yg mendidik,meransang keimanan kita.pilihlah sahabat anda.

so dear frens, mungkin takde masa lg utk kita memanjakan diri cuba2 atau tangguh2 utk menghayati cinta Rasulullah s.a.w. ini..moh paksa diri..go.chaiyyuk2!!

No comments: