CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 1 December 2010

== awak kejam, fara!! ==

assalamualaikum semua :)

dilema seorang kakak..sampai bila pon tak akan habis.
boleh kita tolak sekejap perasaan seorang ibu dan keperitan seorang ayah? ini cerita bila seorang kakak menulis.
dia ada satu list yg panjang kenapa adik nya tu perlu dihantar ke asrama naik form1 tahun depan. siapa tak puas hati dgn alasan ni..jom kita berentap..hehe ^_^

1. dia songlap bilik fara.
kalau share takpe jugak,ni dia p kunci bilik tu dan duduk berteleku kat dalam.natijahnya,kakak dia kena tidur bilik bujang.tapi bila si bujang balik,kakak dia tidur kat luar. duduk asrama boleh ajar dia macam mana berkongsi itu baik sebenarnya.

2. dia sibuk main facebook dan youtube.
kanak2 millenium memang macam ni ke?? pegi asrama boleh cut off sikit bad-habit ni.

3. liat sikit nk tutup aurat
baiklah..yg ini memang takda kompromi. kakak dia cakap sampai nk tercabut gigi,tp tak nak dengar. biar dia dengar cakap ustazah pulak.

4. mudah terpengaruh..orang pakai beg merah,dia sibuk nak beg merah
mudah2-an duduk di sekeliling orang terpelajar dan solehah boleh bentuk peribadi indah pada dia.

5. bahaya balik rumah tengahari
working parents.makna nya tiada siapa dalam rumah. bibik akan dihantar pulang bulan depan. dgn macam2 kes orang menyamun anak dara,it is safer for her to be in a hostel.

6. manja terlebih sampai jadi pemalas dan tak mahu ambil tahu.
ni kes sbb dia anak last,dari kecik semua hal ada orang settle kan. baju kotor pon kena tunggu kakak dia bising baru nak antar masuk bakul.nak tunggu besar mana baru nak berdikari?


7. tak suke tutup suis.
taktau la apa penyakit adik2 ku..sejenis je semua. mereka telah berjaya melatih kakaknya berjalan sambil tangan tutup segala suis dalam pandangannya. sekali rasa dah macam robot pulak.

8. pantang ditegur,mesti nak tarik muka masam.
kakak dia bagitau jangan tengok drama memanjang pon dia nak marah2. okey,pergi lah dengar cakap orang lain.

9. dia cuti sek agama petang setahun.
ini cuti dia buat sendiri.dia bernasib baik sbb kakak dia pergi uk,kalau tak hari2 kena seret sampai pintu sekolah agaknya. hantar g asrama nak suruh habiskan sampai darjah khas.

10. tiada dayasaing.
macam hidup tak perlu terkejar2.berlengah dan tak ambil pusing hal lain. hal rumah pun taknak tahu. jadi pergi belajar dari orang lain.

11. sebab dia suka merajuk,kakak dia kecik hati.
kecik hati bagi pihak parents. biar dia duduk berjauhan baru dia sedar kehadiran kami semua agaknya.

12. dia perempuan.
anda fikir sendiri..

13. ada ilmu tak boleh belajar dari kitab
ada sunnah tak ditulis dlm silibus, ada peribadi agung tak dikupas dalam facebook dan ada perkara perlu diajar secara informal,perlu diajar secara talaqqi..eye and heart contact itu penting

okey dah..ada banyak lagi sebab..tp biarlah rahsia. 
dan kakak dia ada banyak lagi sebab kenapa adik nya memang dan memang perlu dihantar ke sekolah menengah agama berbanding sekolah berasrama penuh yang lain.sekian 0__o

kalau satu hari nanti adik dia baca ni, ketahuilah tak pernah sekali pun ada niat nak halau keluar rumah.

semua keputusan demi kebaikan baba, mama dan nurin. utk diri sendiri? tiada.

sweet note : orang luar cakap fara kejam, cakap lah. hari ini awak kawan dengan dia,esok lusa belum tentu. tp dia sampai akhirat tetap adikku :)

till then, tersembam adakala lebih bertuah dari tergolek. cheeeseeeese!!

Wednesday 10 November 2010

==Aidil Adha==

assalamualaikum semua :)

tak lama lagi ketibaan hari raya aidiladha. bak kata penyimpan mohor besar kita raya pd 17Nov2010.
(rasenye belum habis beraya aidilfitri lagi nih..hehe)

gambar dari en google

sedikit perkongsian untuk persiapan mental kita di hari raya aidiladha ini. kerana lazimnya perkara macam ni ramai yang terlepas pandang. macam orang melayu selalu keliru antara adat dan tuntutan syara'. 
butiran dipetik dari tulisan en Mohd Yaakub Mohd Yunus yg dikarang utk Muslim Bloggers Alliance. 


1. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.
Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.
Ali r.a berkata:
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

2. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.
Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.
Sabda Nabi s.a.w:
فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya:
“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu).” - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

3. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.
Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).
Anas r.a berkata:
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.
Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

4. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.
Anas r.a berkata:
ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:

“Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.
sambung lagi dgn butiran selanjutnya dlm entri akan dtg.
till then, jaga diri jaga iman :)
sweet note: haida adlin hasni, walau kita sama berjanji utk berhijrah ke wilayah darussalam itu, nyata Allah pilih kamu dulu sahabat. berjuanglah !! esok lusa kita ketemu lg..mungkin di queen's land lg skali. best of luck dear ^^~

Thursday 28 October 2010

malaysia panas..!!!

assalamualaikum semua :)

malaysia panas!!! very the hot...
oppp!!
ni bukan sbb weather-lag,tp ni sbb isu hangat yg jadi kt tanah pusaka ni.

mind-lag..mungkin tak berapa tepat utk dilabelkan.

bicara ini bukan utk menyatakan pakar dan segala bagai professional kekurangan satu deria rasa,atau kecacatan norma insan,tetapi solusi dan pendekatan yg dibentangkan umpama kita ini tidak pernah ada rasional.

menambah peruntukan utk hiburan di malam hari..itukah penyelesaian kemelut ekonomi?
melonggarkan requirement utk konsert..inikah peneman kala duka?

ya, benar..kita ketinggalan dalam satu dua perkara kalau nak banding dgn negara2 jiran. tp kerana satu dua sebab ini lah,kita bakal ketinggalan beribu lagi perkara. 
kita bakal hilang generasi penyambung agama haneef, kita bakal tergadai budaya warisan bangsa.

kalau benar negara sebelah dijadikan ukuran,kenapa dlm isu ini tidak pula ditambah dana??
kenapa tidak ada panel perah kepala mengeluarkan penyelesaian?


okeh..sidai baju tu takpe la..walau mungkin ada cacat cket bila dipandang,tp hajat mereka nak keringkan pakaian kan. mungkin pakaian bersih tu nak dibawa solat *sangka baik ni*



tak boleh zoom abes dah. nampak tak sampah2 di atas bumbung bangunan bewarna hijau tu?
plus putih2 depan tingkap di koridor tu..siapa tak nampak sila angkat kelopak mata tinggi cket eh :)

gambar ini diambil awal oktober. pemandangan normal mungkin kat malaysia. 
cik kak campak plastik keluar tingkap. 
abg ensem pulak buang puntung rokok luar tingkap. 
kejap lagi adik comel buang sampah gula2 keluar. 
eish!!! apa nak jadi??

memang secara realitinya, compound rumah flat/apartment lebih ringkas berbanding rumah bawah (teres/banglo etc), tp takla bermakna sekeliling tu bukan tanggungjawab tuan rumah. kebetulan masa snap gambar ni ada pekerja tgh tembak air kt sampah,kumpul kt bawah. sapu,angkut masuk tong. baru siap satu floor, org atas dah campak lg sampah. bila nak bersih?

abang keluar jumpa awek bukan main ensem, tapi sampahnya keliling rumah..
cik adik pergi konsert bukan main wangi, tapi tingkap sebelah rumah bau nya menusuuuuuuuk..

first impression is important...tp ramai org lupe impression 'tetamu' pada rumah anda.

NB: gambar diambil dari sebuah hotel yang didiami para pelancong asing

kita yg mind-lag atau kita sengaja me-lagging-kan minda kita? atau mungkinkah kita sudah sampai tahap faith-lag?

we fail to respond to our own mind. that is what a mind-lag solution shall be given its name.
we fail to maintain upon our faith. that is why faith-lag generation is being raised now.

wallahualam~

till then, kita perlu tentukan sekarang siapa generasi akan datang...!!!

Tuesday 21 September 2010

UPSR 1998 v0.1

12 syawal 1431H

assalamualaikum semua :)

hari ni hari 1st UPSR.. hari 1st nurin akan berjuang. kesian dia, saat2 camni tak dapat teman dia. tak dpt pon ajar dia. kdg2 skype ada jugak tanya2,tp byk mana la pon. budak kecik,ckp sekejap lepas tu lari g tempat lain.
bila call semalam (malam sebelum exam) mama cerita nurin siap bawak 8 batang pensel, nervous punya pasal. Allah, kesian dia. tp dlm nervous2 tu sempat lg dia cakap 'adik glemer ek mama malam ni, ramai orang tepon adik'. mana tak nya, kalau dia je yg ada kt rumah dengan mama, for sure orang lain akan tepon dia.dah kami2 semua ni ter-menempek kat tempat lain.

UPSR 1998
dah tak ingat pon tarikhnya. tp kte amik UPSR kt sekolah terchinta, Sek Keb Taman Perling. semua adik2 amik kat sekolah yg sama, except izat. ye kot,lupe dah..sbb kami pernah pindah melaka time2 dia. 


persiapan 
cikgu ina. ye, ni lah orangnya yg sungguh2 push kami utk belajar. oh cikgu..sayer rindu cikgu T__T.
kami kumpul dlm 5,6,7,8 orang, lepas tu panggil cg ina dtg buat tusyen after sekolah. buat kt umah kte,sbb mostly naik van yg sama, jadi mudah utk kami pergi sekolah agama lepas tusyen. sampai rumah dlm pukul 1 tengahari. siap2 solat makan, cg ina dan kawan2 pon sampai. 1.30 hingga 3.00 kami di-drill oleh cg ina. belajar kt living room je, takde special room ape pon. cg ina akan belikan buku kerja/latihan utk kami. kami tusyen free tau..hehe. cuma byr duit buku je. tapi kena buat h/work dulu la, bila tusyen start cg ina bagi jawapan dan lepas tu bincang. belajar in small group ni senang dapat tangkap. interactions within each other really helps to build up self -confidence.ecece~
abes tusyen, bergegas pulak ke sekolah agama. 3.30 hingga 6.30. rutin diulang-ulang selama setahun. borink + penat + nak pengsan laaa!!
nasib baik tak join tusyen malam kat sekolah. lupe pulak kenapa. tp kalau pergi pon kte tido kot, memang tak suka belajar kan..hehe~

hari kejadian
exam, macam biasa. bukan student yg cikgu target pon. dah la pernah dapat 'bodoh' free lepas trial upsr. so konfem2 i'm not favoured. nama huruf awal2 ni best la,dapat duduk tepi tingkap. pulak tuh kelas first, memang lg konfem dapat skodeng luar time jawab periksa tuh. takla senang pon soalan2 tuh, tapi memang sempat la nk tgk gelagat orang lain. ohhh..itu memang hobi kte kot. kt sek menengah dulu siap bole karang puisi dlm exam..amacam? unik tak penyakit kte? :P

keputusan
occay!! kte ada satu lagi penyakit, iaiu tak suka nak kepoh2 amik result exam cepat2. apa daaa.. org lain berebut pergi ke notice board tempat lists of result ditampal, kte g ajak shikin pusing2 alam. konon nya menikmati saat2 terakhir dlm sekolah la tuh.
dlm syok2 tuh, asal terserempak dgn org lain je diorang cakap cg ina cari korang. uhhh..kami yg malu nak jumpa cikgu. tp memang dia sungguh2 cari la. bile bumped into her, kami dpt free hug!! Alhamdulillah..syukur pd Allah. rasanya semua orang yg tusyen sama2 dpt result best. jazakillah khairul jaza' khususan ila mualimati. Allah be with you all the time.amiiin~~

Friday 17 September 2010

ramadhan, syawal dan ukhuwah

7 Syawal 1431H

assalamualaikum semua :)

bukan taknak sharing2 lagi kt cni, tp hal2 dunia tak sudah nak menempek dlm kepala ni. tambah lagi dgn ke-bz-an sepanjang ramadhan. dah syawal, hal dunia dtg lg..aiyyak!!

ramadhan

Alhamdulillah, ramadhan disambut penuh meriah kat sini, tak rasa sunyi pon tak balik buka dgn family. kami di 138 catering kena siapkan iftar utk org2 di surau every weekdays. alhamdulillah, Nabi s.a.w. bersabda pahalanya sama spt org yg berbuka itu. dah alang2 kena masak utk 60-80 org tuh, kami pon join iftar di surau. berbuka dgn rakan2 muslim dr negara lain. masing2 nak introduce juadah special negara sndiri..hasilnya, dpt la rasa pakora (pakistan) dan apam balik basah (sudan). kdg2 ada yg tak sempat masak, diorang bawa coklat, kek etc..semata-mata utk memeriahkan kemenangan tatkala senja. 
10 malam terakhir, kami stay di surau. yg kena buat keje siap bwk laptop buku segala bagai ke surau. kunjungan sisters dr leicester memeriahkan malam pertama iktikaf. awal2 tu cuma kami sisters malaysia yg stay, dah hujung2 berjaya mempengaruhi Alia dr Sudan tuk join. iktikaf jadi meriah, ibadat jadi lebih bersemangat utk dilaksanakan. sahur pon boleh tahaaaann. terkejut Alia sbb org2 melayu ni sahur pon cari nasi. die rilek je makan cereal n fresh milk. tp one thing, Alia dah boleh makan pedas!! yey~~

syawal

Solat raya di Victory Hall, LU. khutbah raya disampaikan ustaz mazrul. kesian ustaz dan anak2 binaannya, gabrah2 mereka merangka text khutbah in english. tp isi nya mabeles!! :)
mcm mana tau??sbb patotnya hujung2 ramadhan tu ada external assistant tolong kami di dapur,tp selalu punch card lewat diorang ni. so kami tau la suprise pagi raya siapa khatibnya.

masa duduk2 dlm hall tuh, ada seorang sister ni bercerita dgn org di sebelahnya, "she,she,she,she...and her (that's me)..we all had iftar and terawih together in Brockington. they are malaysians, I can remember them."
Ya Allah...!! terasa mahabbah dan manisnya ukhuwah tu. tak pernah pon borak pjg ngan sister ni, tegur gitu2 je. Islam unite us :)


 Eid solah at Victory Hall

sisters' saf at the behind

hafsah and husna giving out chocs and sweets after eid solah

dalam byk2 open house dan jemputan raya kali ni, ada dua rumah istimewa kte pegi ziarah. both has the same case, malay women married to local british. terima kasih kakak-kakak for having us this syawal. thank you Allah. mereka mahu berkawan dgn melayu2 lain despite lebih 10thun tinggal di UK dan kawen dgn omputih. mereka masih tanya dgn siapa nk blaja hal2 agama. jawapan ktorang mestilah kak afa n ustaz mazrul.hehe :)
diorang pernah terserempak masa open house di rumah dr rozi. ustaz borak2 dgn husband kak ayda. ustaz pon main2 (tahap suka sgt) dgn ethan, baby kak maria. hidup jgn ada bias. i'allah satu hari nanti hidayah akan sampai pada 2 mixed families ini. jauh d hujung hati kak ayda n kak maria mereka masih mahu jadi melayu. dan masih mahu memperbaiki diri dan keluarga. kalau diorang takde cita2 camni, kte tak rasa diorang susah payah bersilaturrahmi dgn kami di loughborough, sbb rumah diorang kat tempat lain. Allahu rabbi yassir wa la tu'assir wa tammim bil khair, amiin~

baby ethan adam and yasmin (lupe 2nd name die) di open house dr rozi

teringat cerita kak maria macam mana pihak jabatan agama kat malaysia yg menyukarkan proses pengislaman abg omar dan proses pernikahan diorang. mujur family kak maria kuat, dan mereka nikah berwalikan hakim di UK. dr cerita kak maria, die kesal kenapa melayu muslim ade pandangan macam tu. abg omar betul2 ikhlas convert ke islam, tp disalah erti oleh pihak2 pendaftar di pejabat agama sendiri. wallahu'alam. 

kadang2 kan, kita manusia ni ada ego. bila mengajak dan memperbetulkan org lain kita sungguh2 nak justify yg pihak kita yg benar. sepatutnya kita niatkan yg hendak diperbetulkan itu utk kemaslahatan dan kebaikan org itu. kalau org2 berilmu (kte tak kate hny ustaz ustazah saje oke!) sendiri bertelagah antara satu sama lain mengatakan aku yg hak, dia itu batil bila lah agaknya akan ada penyatuan hati. oke, contohnya. ustaz A ckp dgn kak ayda/maria awak cmni bla bla bla. then ustaz B pula ckp awak mesti bla bla bla., tambah plak ada contradiction dan saling memfitnah, pening woo kakak dua org ni. tp yg paling kesian nanti adalah anak2 diorang yg mewarisi agama islam ini. dlm surah as-syura ayat 14, Allah menceritakan pertelingkahan antara ahli2 kitab dan bagaimana mereka berpecah belah. tp di hujung ayat Allah emphasized tentang ORANG2 YG MEWARISI sesungguhnya berada dlm keraguan yg mendalam ttg Al-Quran. yg lingkup bukan generasi skg, tp mereka yg hanya ada nama muslim dlm IC dan mereka yg hanya ada Al-Quran utk kumpul habuk kat rumah.

jadi,kalau bukan generasi skg yg kita lentur dan bentuk hilanglah generasi2 seterusnya. kalau kita yg bertikam lidah menegakkan hak masing2, kita boleh terlupa menegakkan kalimah Allah.

masih di awal syawal, hubungkan lah silaturrahmi sehabis mampu anda. jangan pernah berhenti. walaupun sesama melayu muslim. byk lagi yg perlu kita sama2 perbetulkan.

sweet note: terima kasih wani sbb dtg teman buka puasa 1 ramadhan kt umah, disebabkan terlalu byk workload awal ramadhan. jazakillah khairul jaza' :)


Friday 27 August 2010

==dadih dan si pemalas==

17 Ramadhan 1431H

assalamualaikum semua :)

kemas2 bilik..terjumpa satu resipi ni.rasenye dah 2tahun kot dapat ni,tp punye la pemalas (memang malas teramat oke) nk try.tapi ada usaha bawak resipi ni dtg uk..semangat tak??? hehe~
sampai lupe dah siapa yg bagi resipi ni yg ditulis atas kertas milo.. :(

tulis kt sini je la ye.nanti kertas ni hilang,mmg jauh la perancangan nk buat tu kan..
untung sabut timbul,untung badan siap la benda nih (haiii..ntah bile..)

1 packet agar-agar (2 strips) : rebus sampai hancur
25 gram - 8 cawan air
20 gram - 5 cawan air
(1 cawan = 360ml)

coffee mate : bancuh dgn air panas
500 gram - 5cawan air
450 gram - 4 cawan air

susu segar 1 liter
gula pasir 2.5 senduk (senduk kenduri besar sgt tau!!)

*tambah perisa ikut sedap lidah..janji halal :)
lepas tu tuang dlm bekas..
okeyyy..bole buat jamu org raya nanti~~ 

yey!!sebulan tepat..puasa penuh menulis blog sendiri (dan yg satu lg tu jugak..hehe)

macam mana ramadhan semua?
moga perjuangan ini membuahkan hasil berguni2 bertan2 utk akhirat nanti (^_^)

sweet note: sibuk beli buku2 baru..tp buku bwk dr malaysia dulu pon tak abes2 baca !__!

Wednesday 28 July 2010

==Saya dan Ramadhan==

16 Syaaban 1431H

assalamualaikum semua :)

Saya suka 
sepanjang Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka terkatup rapat
Saya suka 
di hujung minggu Ramadhan perantau berebut pulang berbuka di kampung
Saya suka 
bagi menghormati Ramadhan yang seksi dah tak seksa diri dan ayu bertudung
Saya suka 
dengan keberkatan Ramadhan anak-anak muda  menjenguk masjid dan surau
Saya suka 
atas nama Ramadhan liqa’ tadarus Al-Quran tumbuh macam cendawan
Saya suka 
bacaan terawih Ramadhan lunak dialun para Imam Al-Hafiz
Saya suka 
malam Ramadhan meriah dihiasi qiam dan taqarrub pada Ilahi
Saya suka 
kerana ada satu malam dalam Ramadhan pahalanya seperti seribu bulan 



Saya tak suka 
disebabkan Ramadhan pekerja bagi alasan nak curi tulang di pejabat
Saya tak suka 
walaupun Ramadhan muslim yang tak puasa tapau makanan tengahari kat kantin
Saya tak suka 
apabila Ramadhan orang membazir tatkala membeli juadah berbuka
Saya tak suka 
ketika Ramadhan orang berbuka puasa sampai hampir waktu Isya’
Saya tak suka 
di 10 malam terakhir Ramadhan orang lebih pentingkan kuih dari ibadah 
Saya tak suka 
jika Ramadhan hanya dianggap rutin dalam kalendar Islam
Saya tak suka 
di penghujung Ramadhan sambutan Syawal lebih meriah dari menghayati Ramadhan

till then,we still have less than 2 weeks of madrasah Ramadhan :)


sweet note: terima kasih kpd yg menegur..dah edit ~_^

Wednesday 21 July 2010

==tippy tap==



9 Syaaban 1431H

assalamualaikum semua :)

introducing to u..tadaaaaaaaaaaaa..




this is my-own-made tippy tap.nahhh..it wasn't my idea nor my pattern.
it has been used widely in developing countries as a hand wash dispenser.but,they normally hang this onto a stick using metal wire (dawai..cmni ke name english nye?) for ease of filling the water.


among the best points of tippy -tap:
  • use local materials (yup yup yup...i dont have to go and buy anything to setup this)
  • save water as it controls the amount of water released..the hole i make is small compared to your house tap
  • safe water for hand wash, or else the people normally re-contaminate their stored water in a larger container
  • a soap can be attached to the black rope or near the bottle handle.the soap can then be covered with food can to avoid any soaking

but, the red rope may need to be replace or wash properly to minimize disease spread..
ahhh..the same goes for your house tap.you still need to clean it once in a while,rite?

okes..nk bebel..so kena tukar bahasa.. ;p

kebiasaannya,org2 celik mata pusing pili amik wudhu',lpas solat sujud syukur sbb masih diberi nafas pd hari yg baru..mungkin terlupa mengucap syukur sbb tak rasa susah nak amik wudhu'..
tp utk mereka di negara2 membangun,tayamum mungkin lebih kerap dr berwudhu' dgn air.
istinja' dgn daun kering lebih kerap dr membersihkan diri dgn air..

ada tippy tap simple cmni pon diorang pasti bersorak sekampung..kita??
baru kena catu air pagi raya kecoh satu malaya..
urmmmm..kte pnh join satu projek ganti paip di 5buah felda air tawar kt kota tinggi..penatnya ==''
mmg totally projek tu misi nya 'to supply adequate water during hari raya aidilfitri holidays'..
tapi bile air lambat naik tangki rumah protes sekampung..
bawak bersabar ye pakcik makcik abang kakak..

ouhhh..'developing countries' is the scope for my research..sume best..cuma satu je yg sgt2 TAK BEST!!

HAMPIR KESEMUA NEGARA2 MEMBANGUN ADALAH NEGARA MUSLIM...!!!

totally...memang tak best statement ini !___!

till then,mari sayangi diri sendiri :)

sweet note: nanti kenduri kawen guna tippy tap oke gak kan ;p