CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 21 September 2010

UPSR 1998 v0.1

12 syawal 1431H

assalamualaikum semua :)

hari ni hari 1st UPSR.. hari 1st nurin akan berjuang. kesian dia, saat2 camni tak dapat teman dia. tak dpt pon ajar dia. kdg2 skype ada jugak tanya2,tp byk mana la pon. budak kecik,ckp sekejap lepas tu lari g tempat lain.
bila call semalam (malam sebelum exam) mama cerita nurin siap bawak 8 batang pensel, nervous punya pasal. Allah, kesian dia. tp dlm nervous2 tu sempat lg dia cakap 'adik glemer ek mama malam ni, ramai orang tepon adik'. mana tak nya, kalau dia je yg ada kt rumah dengan mama, for sure orang lain akan tepon dia.dah kami2 semua ni ter-menempek kat tempat lain.

UPSR 1998
dah tak ingat pon tarikhnya. tp kte amik UPSR kt sekolah terchinta, Sek Keb Taman Perling. semua adik2 amik kat sekolah yg sama, except izat. ye kot,lupe dah..sbb kami pernah pindah melaka time2 dia. 


persiapan 
cikgu ina. ye, ni lah orangnya yg sungguh2 push kami utk belajar. oh cikgu..sayer rindu cikgu T__T.
kami kumpul dlm 5,6,7,8 orang, lepas tu panggil cg ina dtg buat tusyen after sekolah. buat kt umah kte,sbb mostly naik van yg sama, jadi mudah utk kami pergi sekolah agama lepas tusyen. sampai rumah dlm pukul 1 tengahari. siap2 solat makan, cg ina dan kawan2 pon sampai. 1.30 hingga 3.00 kami di-drill oleh cg ina. belajar kt living room je, takde special room ape pon. cg ina akan belikan buku kerja/latihan utk kami. kami tusyen free tau..hehe. cuma byr duit buku je. tapi kena buat h/work dulu la, bila tusyen start cg ina bagi jawapan dan lepas tu bincang. belajar in small group ni senang dapat tangkap. interactions within each other really helps to build up self -confidence.ecece~
abes tusyen, bergegas pulak ke sekolah agama. 3.30 hingga 6.30. rutin diulang-ulang selama setahun. borink + penat + nak pengsan laaa!!
nasib baik tak join tusyen malam kat sekolah. lupe pulak kenapa. tp kalau pergi pon kte tido kot, memang tak suka belajar kan..hehe~

hari kejadian
exam, macam biasa. bukan student yg cikgu target pon. dah la pernah dapat 'bodoh' free lepas trial upsr. so konfem2 i'm not favoured. nama huruf awal2 ni best la,dapat duduk tepi tingkap. pulak tuh kelas first, memang lg konfem dapat skodeng luar time jawab periksa tuh. takla senang pon soalan2 tuh, tapi memang sempat la nk tgk gelagat orang lain. ohhh..itu memang hobi kte kot. kt sek menengah dulu siap bole karang puisi dlm exam..amacam? unik tak penyakit kte? :P

keputusan
occay!! kte ada satu lagi penyakit, iaiu tak suka nak kepoh2 amik result exam cepat2. apa daaa.. org lain berebut pergi ke notice board tempat lists of result ditampal, kte g ajak shikin pusing2 alam. konon nya menikmati saat2 terakhir dlm sekolah la tuh.
dlm syok2 tuh, asal terserempak dgn org lain je diorang cakap cg ina cari korang. uhhh..kami yg malu nak jumpa cikgu. tp memang dia sungguh2 cari la. bile bumped into her, kami dpt free hug!! Alhamdulillah..syukur pd Allah. rasanya semua orang yg tusyen sama2 dpt result best. jazakillah khairul jaza' khususan ila mualimati. Allah be with you all the time.amiiin~~

Friday 17 September 2010

ramadhan, syawal dan ukhuwah

7 Syawal 1431H

assalamualaikum semua :)

bukan taknak sharing2 lagi kt cni, tp hal2 dunia tak sudah nak menempek dlm kepala ni. tambah lagi dgn ke-bz-an sepanjang ramadhan. dah syawal, hal dunia dtg lg..aiyyak!!

ramadhan

Alhamdulillah, ramadhan disambut penuh meriah kat sini, tak rasa sunyi pon tak balik buka dgn family. kami di 138 catering kena siapkan iftar utk org2 di surau every weekdays. alhamdulillah, Nabi s.a.w. bersabda pahalanya sama spt org yg berbuka itu. dah alang2 kena masak utk 60-80 org tuh, kami pon join iftar di surau. berbuka dgn rakan2 muslim dr negara lain. masing2 nak introduce juadah special negara sndiri..hasilnya, dpt la rasa pakora (pakistan) dan apam balik basah (sudan). kdg2 ada yg tak sempat masak, diorang bawa coklat, kek etc..semata-mata utk memeriahkan kemenangan tatkala senja. 
10 malam terakhir, kami stay di surau. yg kena buat keje siap bwk laptop buku segala bagai ke surau. kunjungan sisters dr leicester memeriahkan malam pertama iktikaf. awal2 tu cuma kami sisters malaysia yg stay, dah hujung2 berjaya mempengaruhi Alia dr Sudan tuk join. iktikaf jadi meriah, ibadat jadi lebih bersemangat utk dilaksanakan. sahur pon boleh tahaaaann. terkejut Alia sbb org2 melayu ni sahur pon cari nasi. die rilek je makan cereal n fresh milk. tp one thing, Alia dah boleh makan pedas!! yey~~

syawal

Solat raya di Victory Hall, LU. khutbah raya disampaikan ustaz mazrul. kesian ustaz dan anak2 binaannya, gabrah2 mereka merangka text khutbah in english. tp isi nya mabeles!! :)
mcm mana tau??sbb patotnya hujung2 ramadhan tu ada external assistant tolong kami di dapur,tp selalu punch card lewat diorang ni. so kami tau la suprise pagi raya siapa khatibnya.

masa duduk2 dlm hall tuh, ada seorang sister ni bercerita dgn org di sebelahnya, "she,she,she,she...and her (that's me)..we all had iftar and terawih together in Brockington. they are malaysians, I can remember them."
Ya Allah...!! terasa mahabbah dan manisnya ukhuwah tu. tak pernah pon borak pjg ngan sister ni, tegur gitu2 je. Islam unite us :)


 Eid solah at Victory Hall

sisters' saf at the behind

hafsah and husna giving out chocs and sweets after eid solah

dalam byk2 open house dan jemputan raya kali ni, ada dua rumah istimewa kte pegi ziarah. both has the same case, malay women married to local british. terima kasih kakak-kakak for having us this syawal. thank you Allah. mereka mahu berkawan dgn melayu2 lain despite lebih 10thun tinggal di UK dan kawen dgn omputih. mereka masih tanya dgn siapa nk blaja hal2 agama. jawapan ktorang mestilah kak afa n ustaz mazrul.hehe :)
diorang pernah terserempak masa open house di rumah dr rozi. ustaz borak2 dgn husband kak ayda. ustaz pon main2 (tahap suka sgt) dgn ethan, baby kak maria. hidup jgn ada bias. i'allah satu hari nanti hidayah akan sampai pada 2 mixed families ini. jauh d hujung hati kak ayda n kak maria mereka masih mahu jadi melayu. dan masih mahu memperbaiki diri dan keluarga. kalau diorang takde cita2 camni, kte tak rasa diorang susah payah bersilaturrahmi dgn kami di loughborough, sbb rumah diorang kat tempat lain. Allahu rabbi yassir wa la tu'assir wa tammim bil khair, amiin~

baby ethan adam and yasmin (lupe 2nd name die) di open house dr rozi

teringat cerita kak maria macam mana pihak jabatan agama kat malaysia yg menyukarkan proses pengislaman abg omar dan proses pernikahan diorang. mujur family kak maria kuat, dan mereka nikah berwalikan hakim di UK. dr cerita kak maria, die kesal kenapa melayu muslim ade pandangan macam tu. abg omar betul2 ikhlas convert ke islam, tp disalah erti oleh pihak2 pendaftar di pejabat agama sendiri. wallahu'alam. 

kadang2 kan, kita manusia ni ada ego. bila mengajak dan memperbetulkan org lain kita sungguh2 nak justify yg pihak kita yg benar. sepatutnya kita niatkan yg hendak diperbetulkan itu utk kemaslahatan dan kebaikan org itu. kalau org2 berilmu (kte tak kate hny ustaz ustazah saje oke!) sendiri bertelagah antara satu sama lain mengatakan aku yg hak, dia itu batil bila lah agaknya akan ada penyatuan hati. oke, contohnya. ustaz A ckp dgn kak ayda/maria awak cmni bla bla bla. then ustaz B pula ckp awak mesti bla bla bla., tambah plak ada contradiction dan saling memfitnah, pening woo kakak dua org ni. tp yg paling kesian nanti adalah anak2 diorang yg mewarisi agama islam ini. dlm surah as-syura ayat 14, Allah menceritakan pertelingkahan antara ahli2 kitab dan bagaimana mereka berpecah belah. tp di hujung ayat Allah emphasized tentang ORANG2 YG MEWARISI sesungguhnya berada dlm keraguan yg mendalam ttg Al-Quran. yg lingkup bukan generasi skg, tp mereka yg hanya ada nama muslim dlm IC dan mereka yg hanya ada Al-Quran utk kumpul habuk kat rumah.

jadi,kalau bukan generasi skg yg kita lentur dan bentuk hilanglah generasi2 seterusnya. kalau kita yg bertikam lidah menegakkan hak masing2, kita boleh terlupa menegakkan kalimah Allah.

masih di awal syawal, hubungkan lah silaturrahmi sehabis mampu anda. jangan pernah berhenti. walaupun sesama melayu muslim. byk lagi yg perlu kita sama2 perbetulkan.

sweet note: terima kasih wani sbb dtg teman buka puasa 1 ramadhan kt umah, disebabkan terlalu byk workload awal ramadhan. jazakillah khairul jaza' :)