CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 28 June 2010

==a great summer day==

15 Rejab 1431H

assalamualaikum semua :)

event: MML Family Day '10
date: 26/6/2010
venue: Beacon Park,Loughborough
attendance: >85% of the members
weather: extremely hot for British!!

a very great event..went so smooth.alhamdulillah :)
special thanx to each of the committee for the cooperation and to all MMLs for ur support!
*rumah masih penuh dgn lebihan kulinari smlm..AJK pemalas ini kutip sume angkot masuk keta*

pics courtesy from MML members




~
~
and..this is the best picture!!
everybody's in here ~~
*pangku kan budak comey sampai terlupe tanya name die..family nye baru sampai last week..welcome Ben's family to MML*

my last big event wif MML..hope to see everybody again.may this ukhuwah remains..
*sume2 ni adalah bakal2 Dr PhD..kecuali kami 4 org,dan 2 lg rakan Cina dr Malaysia...ohhh..kerdilnya diri ini >.< "

Saturday 19 June 2010

==dua yg serasi bersama==

7 Rejab 1431H

assalamualaikum semua :)

bersawang buku ni..almaklum,makcik cleaner cuti bersalin.hehe ;p
jom kita revise suatu perkara lama yg semakin dilupakan..

andai semua orang berfikir ke hadapan,pastinya hidup ini terarah dan lebih tersusun.benar?
malangnya,kita diasuh dari kecil dgn konsep menabung utk masa depan.apa jua yg kita lakukan,biarlah ia menjamin kehidupan hari tua.baik dari sekecil-kecil anak diajar menabung duit raya,bila dah besar kita digesa melabur dalam hartanah atau saham.semuanya sebagai jaminan hari tua.org kata nanti dah tua bangka kalau dah pencen pon masih punya harta utk tampung hidup seharian.boleh diringkaskan inilah konsep amal bekalan hari tua..benar??

hiasan semata..

malangnya,ramai (termasuk la diri sndr) yg lupa ttg konsep amal bekalan akhirat.
mungkin kerana akhirat itu perkara ghaib.rahsianya cuma Allah yg tau.tapi boleh ke atas alasan ini maka tiada penerapan konsep ini dilakukan sejak kita kecil?tiada pendedahan ttg konsep ini dlm media dan sebagainya?mengapa tiada konsep ini dlm kefahaman kebangsaan?

mari kita compare dua situasi ini:

SITUASI A
subjek: matematik
sub-topik: sifir darab
silibus: hafal sifir satu hingga sifir 12
kelebihan masa kecil: lulus periksa
kelebihan masa belia: boleh kira berapa gaji setahun
kelebihan masa tua: tau berapa jumlah pencen setahun,cukup tak nak pergi holiday
pendedahan utk anak kecil: slot siti sifir dlm cerita ALONG
pendedahan utk org dewasa: iklan rewards and benefits dr institusi perbankan

SITUASI B
subjek: agama
sub-topik: rukun iman
silibus: kenali ciri-ciri malaikat,nama 10 malaikat dan tugas
kelebihan masa kecil: lulus periksa
kelebihan masa belia: sijil periksa boleh jadi lauk tambah nak apply universiti
kelebihan masa tua: dah lupe malaikat ini wujud
pendedahan utk anak kecil: lagu nasyid 10 malaikat
pendedahan utk org dewasa: ada ke??

pesanan dr seorang ustaz masa di sekolah dulu:
"melengah-lengahkan amalan kebaikan tanda diri anda telah tertipu"

amalan kebaikan di sini maksudnya kebaikan duniawi dan ukhrawi.kita tak pernah terlewat melakukan kebaikan duniawi,tapi selalu terlambat menyeru dan melakukan kebaikan ukhrawi.

bukan tak boleh nak beli sekeping tanah dan bukak kebun teh utk dapat duit tambah,simpanan hari 'remaja lanjut usia' dan hari tua.tapi apa salahnya kalau diniatkan dari awal,tanah ini utk bekalan akhirat...kan?

mungkin ada org ckp fara ni gila ke..tanah mana boleh bwk mati,harta dunia saja.nahh..dengar ni jwpn kte:
"tau pon tanah ini harta dunia,mati tuan punya tanah,terhapuslah pemilikan atas hartanya itu.dah tu pegi kumpul byk2 harta dunia kalau setakat nak kaya sendiri je,buat ape??
belilah tanah itu utk menampung hidup kamu,sedekahkan sedikit hasil kebun utk ummah,sediakan ruang di tanah itu tempat utk anak-anak mengenal siapa Allah.senang je.kedua-dua konsep ini boleh jalan serentak.tak rugi masa,malahan untung berganda.sahabat,bila kita tau tanah ini bukan milik kita tapi cuma sebagai pinjaman dr Allah,kita akan terdidik utk mengawal diri.kita akan sedar untung melebihi keperluan itu bukan milik kita,kerana hitungan lengkapnya di akhirat kelak.nak mencilok dlm urusan jualbeli pon kita akan jd takot..ohh..indahnya hidup andai iman bersarang di hati"

"But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters"
(Al-Qasas,28:77)
~~kebenaran tidak tersusun boleh dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun~~

till then,jaga diri ya :)


Saturday 5 June 2010

=derapan dan laungan mereka==

assalamualaikum semua :)

saat ini..di Pilkington Library,Loughborough University..

SUBHANALLAH!!!

airmata ini berderai tatkala laungan takbir bergema..
airmata ini berderai saat gambar dan video diperlihatkan..
airmata ini berderai lantaran bahang semangat 10K rakyat Malaysia yg berhimpun di Kuala Lumpur td..

ALLAHUAKBAR!!!

jumlah itu shj sudah boleh dibawa pergi menentang Zion laknatullah..
jumlah itu shj sudah boleh mengepung Gaza dan Al-Quds..
jumlah itu shj sudah boleh menembusi tembok di Rafah..

ALHAMDULILLAH!!!

sentimen sudah ada..
semangat sudah membara..
seruan sudah disahut..

LA HAULA WA LA QUWATA ILLA BILLAHI AL-ALIYU AL-AZIM!!!

senyuman sudah dikuntum..
mutiara sudah diseka..
sendu sudah ditahan..

manifesto kemanusiaan sudah diserah ke kedutaan..
bagaimana manifesto kehambaan kepada Tuhan??

andai kita punya kuasa,punya ilmu,punya armada..
sudah bertalu2 serangan dilepaskan..
sudah beribu2 muslim diselamatkan..

andai saf kita rapat teguh,qiam kita diri berserah,sujud kita tulus menyembah..
jiwa syabab pastinya lagi kental..
kalbu jundul Islam pastinya lagi tegas..

tapi hanya jika..kita punya semua itu..

~di atas nama-Nya Yang Maha Pencipta..hati dan semangat ini Dia yang mengawalnya..~

Thursday 3 June 2010

==flotilla aid attacked #3==

20 Jamadil Akhir 1431H

assalamualaikum semua :)

dah masuk siri ke-3 cerita ni kan..urm..mcm mamarazzi plak rasenye.
menunggu ketibaan Rachel Corrie ke perairan Gaza,menanti kepulangan 12 aktivis dr Malaysia,melihat perkembangan ICJ dan UN investigate isu ini..muslim di Palestin masih terus disiksa..Allahu Allah~

jd kte tamatkan entri tragedi 31 mei 2010 ini dgn beberapa short n long term solutions,sbg pesanan buat diri sendiri dan satu galakan buat sahabat semua.
dah ada pelbagai versi 'true story' dr aktivis2 yg dibebaskan.dr greece hingga malaysia.dan dlm setiap cerita itu pasti disampaikan kekejaman tentera Israel yg perasan hebat tuh.kalau masih ade yg tak percaya sebegitu 'kureng' nya those Israelis,mari kita pohon pd Allah moga dibukakan hatinya.ya benar,tanpa bukti kukuh mana mungkin nak percaya.tp kalau tak cari berita dan buktinya,memang takkan dpt la.ye?

among the short term solutions need to be done in urgent:
1. solat hajat dan qunut nazilah

Apakah mereka mengira, bahawa kami tidak

mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka?

Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-

utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat

di sisi mereka(Al-Zukhruf: 80)


2. ambil tindakan undang2 atas pencerobohan zionis ini.wlau realitinya kita sbg individu mungkin tak mampu,tp kalau kamu seorang pengamal undang2,kamu harus tau ape yg patot kan??
3. sampaikan kpd org sekeliling siapa kita dan apa peranan kita sbg khalifah di sini
4. rapatkan diri kita dgn sumber2 asas Islami,iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
5. perbanyyakan amal kita,tambahkan taqarrub kpd Allah.
Berkata Rabi' Yahudi;"Janganlah umat Islam bermimpi utk kalahkan Yahudi sehingga bilangan mereka yg solat subuh berjemaah di masjid tidak menyamai bilangan mereka yg datang utk solat Jumaat."

indeed,long term punye planning kena start dr skg jugak.boleh?
1. jadi profesional dlm ape jua bidang yg sdg kamu kuasai.kalau kamu seorang cleaner,mahirkan diri dgn skills of cleaning.kalau kamu guru,jadikan dirimu seorang ayah/ibu yang sgt pentingkan masa depan anak murid.
2. mulakan membuat dan menggunakan produk buatan sendiri.sendiri di sini maksudnya dr kalangan ummah.kurangkan sekurang2 nya kebergantungan kepada hasil luar.tgk Iran sbg contoh.ekonomi mereka mostly tiada sangkut paut dgn Amerika.
3. kaji semula sejarah Islam.ummah skg asyik leka dgn biografi pemimpin dunia moden,sehingga terlupa yg menguasai dunia suatu ketika dulu adalah mujahidin Islam.kita kenal siapa Nelson Mandela,tp kita kurang kenal Salehuddin Al-Ayyubi (ni paling kena kat batang idung sendiri..huuu)
Moshe Dayan,mantan Menteri Pertahanan Israel pernah berkata,"Kelemahan Islam zaman kini ialah-tidak mengkaji sejarah umat Islam zaman dahulu;tidak membuat perancangan dgn teliti;dan malas"

4. kalau kamu murabbi,teguhkan lg ukhuwwah dgn mereka yg menjadi sasaran kamu.kalau kamu org rilek2 mcm kte ni,moh cari mualim utk dptkan tunjuk ajar.takkan pernah terlambat,remember?
5. ready mental dan fizikal. (tarbiyyah jasadiyyah wa 'akliyyah).lembik2 takmau oke?
muslim yg cergas lebih disayangi Allah.
6. tanamkan rasa benci kpd yahudi dan nasrani yg zalim.cth di sini ialah zionis.walau Islam itu agama kedamaian,tapi yg dibenci bukan kerana penciptaan mereka di bumi ini (sbb Pencipta kita semua adalah Allah),tp kerana sikap mereka yg sgt memerangi Islam.jgn sebarang didik org membenci yahudi.tp terangkan kpd mereka sbb musabab knape perbuatan yahudi dan nasrani ini tidak boleh diterima.
7. penat dah..cube kamu listkan sendiri pulak..oke?


"long term solution is not to be said as a delayed progress,indeed it starts along with the short term planning which in real it holds up and improves current situation" - quoted

kita sbg org MELAYU MEMANG MUDAH LUPA,tu pasal Dr Mahathir berani cakap mcm ni.
tp jgn kita lupa,dulu Hang Tuah juga pernah berbunyi TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
dan atas nama Melayu jugak la Zion takut dgn Malaya dulu.cuma skg???sendiri tlg jawab la ye :D

till then,perkasakan diri dgn ilmu,perkasakan iman dgn yakin :)


Wednesday 2 June 2010

==flotilla aid attacked #2==

18 Jamadil AKhir 1431H

assalamualaikum semua :)

any updates from yesterday news?
maaf tiada sebarang statistik utk dikongsi arini.ada hal perlu disettlekan,jd tak dpt nk ngadap live tv tuh..but from what i can conclude now is that the numbers of died activist were not confirmed.hopefully that number would not gain more and the wounded people will be recovered soon,amiin~~

this news spread so fast.now every media channel are talking bout this shameful act of Israel.meetings were held everywhere.the protest and campaign pop out as how the birds come after rainy days.but to what extent do these all can help?did any union or world organization condemned the attacks?any minister stood up n fight the zions against law?

dasar apartheid yg diamalkan Israel sgt la tidak masuk akal.menceroboh negara org dan claim itu wilayah mereka.andai simulasi sama dilakukan Taliban atau Al-Qaeda utk menakluk Afghanistan,kejap je Amerika dan sekutu menghantar tentera keamanan.konfem!!!

tapi kenapa tindakan Israel kali ini tidak dihalang sebegitu?jawapannya kerana Israel dah naik lemak.semenjak merampas wilayah Palestin,pembunuhan jiwa2 awam dan pengeboman struktur2 kepunyaan rakyat,tiada suara lantang yg marah.kuasa besar seakan diam membiarkan sahaja anak kecil nya buat sepah di muka bumi.kuasa besar hanya menyampaikan pd rakan2 sekufu kenakalan anak kecil yg bergelar Israel.

maka hari ini,si anak kecil sudah besar,sudah melampaui batas.adegan tembak menembak dan membunuh rakyat palestin jua tak pernah ditegor silap,apatah lagi membunuh kurang drpd 20 jiwa2 antarabangsa.walaupon misi LL4G ini disertai pelbagai nama2 besar,ulama',pemenang hadiah Nobel,ahli parlimen dan perwakilan media,Israel tak takot.kerana mereka tahu,pemimpin2 negara akan back-up.sekadar ucapan takziah dan janji kosong dr menteri atasan mana2 negara sudah cukup utk menyatakan bahawa negara nya turut simpati.kemudian??

siapa yg akan heret menteri2 Israel ke muka keadilan?siapa yg akan menggantung tali di leher Netanyahu spt mana Amerika membunuh Saddam Hussein dgn kejam?Israel tak takut.barisan kehakiman dunia dah lama di'gula-gula'kan mereka.

mari kita hitung hari bilakah International Court of Justice akan bersidang dan bilakah pula PBB akan melaung misi keamanan kepada Palestin..atau mungkin tidak akan berlaku?kerana tiada istilah negara Palestin dlm world map.hanya nama Israel diletakkan di wilayah itu.nama Palestin akan berada di tempat yg sama hanya jika map itu diterbitkan oleh negara2 islam spt Malaysia yg tidak mengiktiraf Israel sbg sebuah negara.

selepas kejadian semalam,laungan takbir,keamanan dan keadilan bergema sana sini.
selepas kejadian semalam baru lah kita sedar ummah kita tak cukup membangun.tiada kesatuan.tiada kuasa.kalau ummah ada tentera sehandal Israel dah pasti ada submarine yg sampai ke laut mediterranean sblm Israeli Navy tiba.

Rasulullah saw bersabda:

“Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari hati musuh-musuhmu rasa takut kepadamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hatimu ‘Al Wahan’, mereka bertanya: ‘Apakah Al Wahan itu ya Rasulullah?’ baginda berkata: Cinta dunia dan takut mati.”

(HR Ahmad & Abu Daud)


ummah kena sedar..ummah mesti sedar..ummah harus sedar..
kuasa ummah terbatas.usaha ummah tak cukup kuat.kewangan ummah tidak kukuh.kesatuan ummah masih rapuh.suara ummah masih halus.keyakinan ummah tidak tulus.peribadi ummah belum terbilang.

mari kita sama2 baca Qunut Nazilah,bukan utk mengutuk tapi utk merafa'kan pengharapan kepada Allah Rabbul 'Alamin..

sedikit sirah menenai Qunut Nazilah ini:
*sumber dr buku Pedoman Lengkap Fiqh Islam oleh Muhammad Abdul Majid*

pd bulan Safar tahun keempat Hijrah,beberapa org qurra dan hafiz Al-Quran dari golongan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh kerana dianiaya oleh kaum Musyrikin di telaga Maunah.mereka yang terbunuh itu sebanyak 70 org.maka Rasulullah berdoa (membaca Qunut) tiap 5 waktu solat dan lamanya sebualn berturut-turut.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata ia, "Telah qunut Rasulullah s.a.w. berturut-turut sel;ama sebulan di waktu sembahyang zohor,asar,maghrib,isya' dan subuh,iaitu pada akhir tiap-tiap sembahyang.Bila ia berkat "sami' Allahu liman hamidah" di rakaat yang akhir,berdoalah ia atas satu-satu dan qabilah Bani sulaim,iaitu suku Ri'l,Zikwan dan Ushaiya,dan dimintakan oleh org-orang yang dibelakangnya"
(hadis riwayat Abu Daud)


utk printable pdf version,sila click link:


"kekuatan ummah tidak boleh dibina hanya dgn airmata,tp keteguhan ummah boleh dihancurkan dgn sikap kita yg tidak takutkan Allah"

till then,takbir..ALLAHUAKBAR!!

sweet note: BERNAMA melaporkan kesatuan media Malaysia melakukan solat hajat utk 2 wartawan astro awani yg turut di atas kapal. tp BBC langsung tak endah dgn 'kehilangan' Hassan Ghani,wartawan nya yg membuat liputan misi ini.mengapakah??

Tuesday 1 June 2010

==flotilla aid attacked #1==

assalamualaikum semua :)

as what being told by the news.kte harap semua org sedang amik 'port' dlm isu yg melanda dunia skg.
any updates for this matter can be view from iran Presstv..plz click the link

firstly,kte mohon maaf kepada rakan2 di facebook kerana byk sgt update ttg misi ke gaza ini.kalau menyampah sila hide status kte tuh.tp kte terpaksa buat camtuh,melihatkan rakan2 di malaysia masih terlena.rakan2 masih sibuk promote tudung2 cantek,upload gambar2 baju raya,tak kurang jugak yg baru menghaadiri jemputan walimah dan pertunangan.takpe,kte faham..tp plz be aware of what is happening now,n do pray to Allah for their safety.

ceritanya bermula smlm,kte n housemet bercadang nak studi di libry.so kami keluar umah before maghrib.sambil2 menyiapkan thesis report,kte dengar2 berita live dr atas kapal.ada camera yg mereka pasang utk memudahkan komunikasi dgn media.semua wakil negara yg berada atas kapal menyampaikan sepatah dua kata.masing2 berdebar kerana dlm masa beberapa jam lg kapal2 misi ini akan sampai ke darat.ada mcm2 jenis org atas kapal tuh.dr muslim ke non muslim,dr tidak bertudung hingga ke yg berpurdah,misi ini atas nama kemanusiaan dan hak asasi manusia.wakil2 media semua sibuk menyampaikan berita ke negara masing2.

semua aktivist dinasihatkan utk sentiasa pakai life jacket n hold up their documents in their clothes.mereka dah dapat berita yg israel dah menanti di tgh laut.kalo tak silap masa ni dah ade berita bhw israel dah ready dgn 1 submarine,3 kapal perang dan satu helikopter.tak lama lepas tu,azan subuh berkumandang.kamera digelapkan ketika azan.lepas solat subuh,mereka masih lg dlm keadaan berjaga2.

kte sambung keje lg.ada masa terlelap sbb sgt letih,kebetulan tetamu istimewa dr london br pulang n emergency yg berlaku dlm umah sblm tuh.bila sedar tgk2 israel dah sampai atas kapal aktivis.serangan pon bermula.ketika ini kte menonton live news dlm bahasa turki,dan ada seorg shabat yg tlg translate kn dlm chatbox di satu website lain.click link utk ke website ini:

dlm chatbox ni ada ramai org dr seluruh dunia yg sedang berdebar menanti kejayaan misi ini.serangan dilakukan di international water atau bahasa melayunya serangan dilakukan ketika kapal masih dlm perairan antarabangsa,di mana israel takde hak utk bertindak.sehari sblm kejadian ini,israel dah pon meluaskan lagi sempadan perairan depa.penakot!!

kte terpaksa update kejadian yg berlaku di YM dan facebook.mase nih di malaysia baru nak masuk ofis hour.smpaila ada rakan2 di malaysia yg mula sedar status kte n turut menyampaikan perihal kpd org ramai,hati tenang sikit utk masuk tido.kalo tak sebelum tu rasa nak je marah kat org malaysia yg sibuk dgn hal dunia remeh temeh lg.

sehingga waktu utk kami pulang ke rumah (6pg UK,1thgri M'sia) dah 2 org mati dan 30 org cedera.2 org komandor israel juga cedera.atas sbb ini la israel membuat propaganda dunia bahawa aktivis2 ini bersenjata.

ketika entri ini ditulis,20 org aktivis dibunuh (mostly are tuskish) dan 80 org cedera.UN,NATO dan OIC akan bersidang. *opp..UN sdg bersidang live*;tapi mana malaysia punye kerajaan??senyap?hanya NGO dan dr Mahathir yg sudah mula bersuara,mana pemegang undi2 pilihanraya?

kerajaan turki sgt lantang menyampaikan berita kepada dunia.even CNN dan BBC tiada update di awal2 serangan.AlJazeera news pon lambat keudarakan berita ini.

PM israel menyalahkan aktivis atas serangbalas terhadap komander2 nya.israel menegakkan benang yg basah mengatakan mereka menjaga keamanan negara dr serangan aktivis yg kita semua tahu mereka hny ada simen,gula2,pensil warna dan makanan utk rakyat palestin.israel turut block komunikasi dr atas kapal ke dunia luar.zion sbg tuan punya BBC dan CNN mengeksploitasi semua berita yg tersiar.

di turki,kedutaan israel dikepung orang ramai dr awal pg.bosnia dan beirut sudah keluar amaran kepada israel.iran dgn berani mencabar jika ada submarine israel yg jejak ke perairan mereka akan diserang.*wah!!ahmadinejad memang berani!!*liga arab dan OIC mula panas bontot dan mula utk bertindak.EU masih lagi mamai2 membetulkan keadaan.5000 org berkumpul dlm protes di london.penduduk athens juga keluar beramai2 kesal dgn tindakan israel.

tgn menaip,telinga mendengar.laporan live dr UN meeting.semua yg hadir menunding jari pd israel.bertindak di luar minda insan menyerang aktivis yg membawa misi keamanan dan hak asasi.32 negara menghantar wakil pelbagai agama,jd ini bukan sebab israel utk menyerang.

tentera Allah mungkin belum bertindak,dan andai dikirimkan tentera langit,Allah pasti melindungi mereka..i'allah.Allah sdg menguji hati2 kita,bukan hanya hati2 di palestin dan mereka di atas kapal.muslim harus bangkit dlm celah kekeliruan ini.
mari kita sama2 berdoa,moga mereka yg menjadi tawanan sentiasa dlm rhmat Allah dan akan dilepaskan selamat.
kte akan cuba utk update berita terkini di facebook dan YM..mari kita bina iman,teguhkan hati dan tingkatkan takwa kepada Yang Memiliki hati,Tuhan seluruh alam,Allah Rabbul 'Alamin.

till then,tlg sampaikan berita ini kepada sekeliling kamu.jaga diri,jaga iman :)

'seakan menyaksikan peperangan live..pengalaman ini sgt horror!'