CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 1 June 2010

==flotilla aid attacked #1==

assalamualaikum semua :)

as what being told by the news.kte harap semua org sedang amik 'port' dlm isu yg melanda dunia skg.
any updates for this matter can be view from iran Presstv..plz click the link

firstly,kte mohon maaf kepada rakan2 di facebook kerana byk sgt update ttg misi ke gaza ini.kalau menyampah sila hide status kte tuh.tp kte terpaksa buat camtuh,melihatkan rakan2 di malaysia masih terlena.rakan2 masih sibuk promote tudung2 cantek,upload gambar2 baju raya,tak kurang jugak yg baru menghaadiri jemputan walimah dan pertunangan.takpe,kte faham..tp plz be aware of what is happening now,n do pray to Allah for their safety.

ceritanya bermula smlm,kte n housemet bercadang nak studi di libry.so kami keluar umah before maghrib.sambil2 menyiapkan thesis report,kte dengar2 berita live dr atas kapal.ada camera yg mereka pasang utk memudahkan komunikasi dgn media.semua wakil negara yg berada atas kapal menyampaikan sepatah dua kata.masing2 berdebar kerana dlm masa beberapa jam lg kapal2 misi ini akan sampai ke darat.ada mcm2 jenis org atas kapal tuh.dr muslim ke non muslim,dr tidak bertudung hingga ke yg berpurdah,misi ini atas nama kemanusiaan dan hak asasi manusia.wakil2 media semua sibuk menyampaikan berita ke negara masing2.

semua aktivist dinasihatkan utk sentiasa pakai life jacket n hold up their documents in their clothes.mereka dah dapat berita yg israel dah menanti di tgh laut.kalo tak silap masa ni dah ade berita bhw israel dah ready dgn 1 submarine,3 kapal perang dan satu helikopter.tak lama lepas tu,azan subuh berkumandang.kamera digelapkan ketika azan.lepas solat subuh,mereka masih lg dlm keadaan berjaga2.

kte sambung keje lg.ada masa terlelap sbb sgt letih,kebetulan tetamu istimewa dr london br pulang n emergency yg berlaku dlm umah sblm tuh.bila sedar tgk2 israel dah sampai atas kapal aktivis.serangan pon bermula.ketika ini kte menonton live news dlm bahasa turki,dan ada seorg shabat yg tlg translate kn dlm chatbox di satu website lain.click link utk ke website ini:

dlm chatbox ni ada ramai org dr seluruh dunia yg sedang berdebar menanti kejayaan misi ini.serangan dilakukan di international water atau bahasa melayunya serangan dilakukan ketika kapal masih dlm perairan antarabangsa,di mana israel takde hak utk bertindak.sehari sblm kejadian ini,israel dah pon meluaskan lagi sempadan perairan depa.penakot!!

kte terpaksa update kejadian yg berlaku di YM dan facebook.mase nih di malaysia baru nak masuk ofis hour.smpaila ada rakan2 di malaysia yg mula sedar status kte n turut menyampaikan perihal kpd org ramai,hati tenang sikit utk masuk tido.kalo tak sebelum tu rasa nak je marah kat org malaysia yg sibuk dgn hal dunia remeh temeh lg.

sehingga waktu utk kami pulang ke rumah (6pg UK,1thgri M'sia) dah 2 org mati dan 30 org cedera.2 org komandor israel juga cedera.atas sbb ini la israel membuat propaganda dunia bahawa aktivis2 ini bersenjata.

ketika entri ini ditulis,20 org aktivis dibunuh (mostly are tuskish) dan 80 org cedera.UN,NATO dan OIC akan bersidang. *opp..UN sdg bersidang live*;tapi mana malaysia punye kerajaan??senyap?hanya NGO dan dr Mahathir yg sudah mula bersuara,mana pemegang undi2 pilihanraya?

kerajaan turki sgt lantang menyampaikan berita kepada dunia.even CNN dan BBC tiada update di awal2 serangan.AlJazeera news pon lambat keudarakan berita ini.

PM israel menyalahkan aktivis atas serangbalas terhadap komander2 nya.israel menegakkan benang yg basah mengatakan mereka menjaga keamanan negara dr serangan aktivis yg kita semua tahu mereka hny ada simen,gula2,pensil warna dan makanan utk rakyat palestin.israel turut block komunikasi dr atas kapal ke dunia luar.zion sbg tuan punya BBC dan CNN mengeksploitasi semua berita yg tersiar.

di turki,kedutaan israel dikepung orang ramai dr awal pg.bosnia dan beirut sudah keluar amaran kepada israel.iran dgn berani mencabar jika ada submarine israel yg jejak ke perairan mereka akan diserang.*wah!!ahmadinejad memang berani!!*liga arab dan OIC mula panas bontot dan mula utk bertindak.EU masih lagi mamai2 membetulkan keadaan.5000 org berkumpul dlm protes di london.penduduk athens juga keluar beramai2 kesal dgn tindakan israel.

tgn menaip,telinga mendengar.laporan live dr UN meeting.semua yg hadir menunding jari pd israel.bertindak di luar minda insan menyerang aktivis yg membawa misi keamanan dan hak asasi.32 negara menghantar wakil pelbagai agama,jd ini bukan sebab israel utk menyerang.

tentera Allah mungkin belum bertindak,dan andai dikirimkan tentera langit,Allah pasti melindungi mereka..i'allah.Allah sdg menguji hati2 kita,bukan hanya hati2 di palestin dan mereka di atas kapal.muslim harus bangkit dlm celah kekeliruan ini.
mari kita sama2 berdoa,moga mereka yg menjadi tawanan sentiasa dlm rhmat Allah dan akan dilepaskan selamat.
kte akan cuba utk update berita terkini di facebook dan YM..mari kita bina iman,teguhkan hati dan tingkatkan takwa kepada Yang Memiliki hati,Tuhan seluruh alam,Allah Rabbul 'Alamin.

till then,tlg sampaikan berita ini kepada sekeliling kamu.jaga diri,jaga iman :)

'seakan menyaksikan peperangan live..pengalaman ini sgt horror!'


4 comments:

Unknown said...

love this post~Tq update berita kak!

hazwani MD said...

fara dear, semoga smakin bnyk jiwa2 sebegini!

Twinkletwinklelittlestar said...

Fara..this attack really make my life unhappy~~ I'm really worried about our brothers and sister. Yesterday BBC news shown in the news how the Israel army being attacked by the activist without showing the injured activist. it really unfair

fArA jeFF said...

iqbal: my pleasure.. :)

wani #1: i'allah byk lg jiwa2 spt ini..

wani #2: udah ku bilang..BBC n CNN memang mangkot bertingkat cket..maka cerita tersiar sume byk tingkatan..diorang mmg UNFAIR!!emo jap..huhu