CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 19 June 2010

==dua yg serasi bersama==

7 Rejab 1431H

assalamualaikum semua :)

bersawang buku ni..almaklum,makcik cleaner cuti bersalin.hehe ;p
jom kita revise suatu perkara lama yg semakin dilupakan..

andai semua orang berfikir ke hadapan,pastinya hidup ini terarah dan lebih tersusun.benar?
malangnya,kita diasuh dari kecil dgn konsep menabung utk masa depan.apa jua yg kita lakukan,biarlah ia menjamin kehidupan hari tua.baik dari sekecil-kecil anak diajar menabung duit raya,bila dah besar kita digesa melabur dalam hartanah atau saham.semuanya sebagai jaminan hari tua.org kata nanti dah tua bangka kalau dah pencen pon masih punya harta utk tampung hidup seharian.boleh diringkaskan inilah konsep amal bekalan hari tua..benar??

hiasan semata..

malangnya,ramai (termasuk la diri sndr) yg lupa ttg konsep amal bekalan akhirat.
mungkin kerana akhirat itu perkara ghaib.rahsianya cuma Allah yg tau.tapi boleh ke atas alasan ini maka tiada penerapan konsep ini dilakukan sejak kita kecil?tiada pendedahan ttg konsep ini dlm media dan sebagainya?mengapa tiada konsep ini dlm kefahaman kebangsaan?

mari kita compare dua situasi ini:

SITUASI A
subjek: matematik
sub-topik: sifir darab
silibus: hafal sifir satu hingga sifir 12
kelebihan masa kecil: lulus periksa
kelebihan masa belia: boleh kira berapa gaji setahun
kelebihan masa tua: tau berapa jumlah pencen setahun,cukup tak nak pergi holiday
pendedahan utk anak kecil: slot siti sifir dlm cerita ALONG
pendedahan utk org dewasa: iklan rewards and benefits dr institusi perbankan

SITUASI B
subjek: agama
sub-topik: rukun iman
silibus: kenali ciri-ciri malaikat,nama 10 malaikat dan tugas
kelebihan masa kecil: lulus periksa
kelebihan masa belia: sijil periksa boleh jadi lauk tambah nak apply universiti
kelebihan masa tua: dah lupe malaikat ini wujud
pendedahan utk anak kecil: lagu nasyid 10 malaikat
pendedahan utk org dewasa: ada ke??

pesanan dr seorang ustaz masa di sekolah dulu:
"melengah-lengahkan amalan kebaikan tanda diri anda telah tertipu"

amalan kebaikan di sini maksudnya kebaikan duniawi dan ukhrawi.kita tak pernah terlewat melakukan kebaikan duniawi,tapi selalu terlambat menyeru dan melakukan kebaikan ukhrawi.

bukan tak boleh nak beli sekeping tanah dan bukak kebun teh utk dapat duit tambah,simpanan hari 'remaja lanjut usia' dan hari tua.tapi apa salahnya kalau diniatkan dari awal,tanah ini utk bekalan akhirat...kan?

mungkin ada org ckp fara ni gila ke..tanah mana boleh bwk mati,harta dunia saja.nahh..dengar ni jwpn kte:
"tau pon tanah ini harta dunia,mati tuan punya tanah,terhapuslah pemilikan atas hartanya itu.dah tu pegi kumpul byk2 harta dunia kalau setakat nak kaya sendiri je,buat ape??
belilah tanah itu utk menampung hidup kamu,sedekahkan sedikit hasil kebun utk ummah,sediakan ruang di tanah itu tempat utk anak-anak mengenal siapa Allah.senang je.kedua-dua konsep ini boleh jalan serentak.tak rugi masa,malahan untung berganda.sahabat,bila kita tau tanah ini bukan milik kita tapi cuma sebagai pinjaman dr Allah,kita akan terdidik utk mengawal diri.kita akan sedar untung melebihi keperluan itu bukan milik kita,kerana hitungan lengkapnya di akhirat kelak.nak mencilok dlm urusan jualbeli pon kita akan jd takot..ohh..indahnya hidup andai iman bersarang di hati"

"But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters"
(Al-Qasas,28:77)
~~kebenaran tidak tersusun boleh dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun~~

till then,jaga diri ya :)


2 comments:

mib said...

assalamualaikum....
sy berminat pd perumpamaan menganai pemilikan tanah yg fara nyatakan diatas...
situasi sy begini... sekiranya bapa saya ade mewakafkan tanah kepunyaannya kepada masjid dan segala urusan berkaitannya spt(menjaga dan memajukan) diserahkankan juga..
1)adakah anak terlepas daripada tanggungjawab untuk memastikan tanah yg diwakafkan itu digunakan sebaiknya ataupun sebaliknya??
2)jika tidak diuruskan adakah masih ada lg hak si anak untuk memajukan tanah tersebut(kerana segala urusan juga telah diserahkan)??
sekadar bertanya bagi persediaan hari mendatang yg x pasti...
wassalam...

fArA jeFF said...

wslm..

mib,kte bukan ahli,tp tlg jwb ye.

stlh harta itu diwaqafkan,pemilik hilang kuasa pemilikan.segalanya dah berpindah kpd penerima (dlm hal ni ajk masjid).urusan menjaga & memajukan tanah tu juga dah d bwh bidang kuasa masjid.kamu sbg waris tidak ada t/jwb lg utk menjaga harta itu wlupon pihak masjid abaikan peranan mereka.
tp demi menjaga kemaslahatan ummah (tanah itu diwakafkan pon utk ummah kan), maka kamu boleh tlg tgk2 kan,tp mesti jd ajk masjid dl la.kalo org luar sibuk2,lebih2 lg waris harta takut timbul fitnah.jgn lupe,harta mmg boleh mengaburi mata insan.be a volunteer..or nasihatkan ajk masjid ttg amanah yg perlu dilunas.
jgn ambil hasil tanah tu masuk poket ye anda kamu yg menguruskan nnt.klo dibina sekolah atasnya,kamu masih boleh ke sekolah tu..(ohh..mungkin anak kamu). :p

hope this helps u mib.
wallahualam