21st february 2010
7 rabi'ulawwal 1431H
"my duty is to my heart..and my heart is to Islam "
rata2 tulisan dan penceritaan tentang Khaulah Al-Azwar mengisahkan 2 peperangan yang disertai serikandi besi ini. mungkin ramai jua yg dah hafal riwayat perjuangan Khaulah..kalo masuk pertandingan bercerita mesti menang dah kan..hehe~
tertarik dengan kisah keberanian Khaulah..mengagumi kehandalan seorang perempuan..kisah Khaulah mampu saje meniupkan semangat para mujahidah semua kan..
habis membaca sirah Khaulah Al-Azwar,kte teringat cerita Mulan..ingat tak?maaf kalo kamu tak suke walt disney..tapi hati ni sgt merasakan Mulan dan Khaulah ada persamaan..maka, sudah kukhatamkan Mulan 1 dan Mulan 2..dan mungkin boleh dikongsikan bersama ape yg best sgt pada kisah Khaulah dan Mulan ini..walau sebenarnye masih kurang fasih ttg kisah perang Yarmouk,tp harap contengan ini masih boleh membantu kalian wahai mujahidah~
~@~@~@~
Khaulah seorang serikandi yg diceritakan sbg sole warrior mendahului Khalid Al-Walid dlm peperangan Yarmouk menentang tentera Rome yg diketuai Hercules. pertempuran di Damascus,Syria ini telah menyaksikan keberanian seorang muslimah yg berpakain serba hitam dan berjilbab.menarik sungguh membaca bagaimana Khaulah menggempur tentera Rome dan bagaimana mujahid lain terkesima dgn tindakannya.juga kisah Khaulah memasang strategi dlm misi membebaskan Zirar Al-Azwar di Gaza,Palestin.Khaulah juga terkenal dgn kisah beliau ditawan bersama beberapa mujahidah lain dlm perang Sahura.mungkin di kesempatan lain kte akan tuliskan i'allah.
Mulan seorang anak perempuan dlm keluarga Fa yg merasakan dirinya perlu menjadi seseorang dan berubah ke arah yg lebih baik.Mulan yg asalnye seorang gadis biasa menyamar sbg seorang lelaki dan pergi berperang.mempelajari taktik peperangan dr General Shang,Mulan berjaya mematahkan serangan tentera yg ingin merampas dinasti China ketika itu.
~@~@~@~
persamaan Khaulah dan Mulan :
1. sebab musabab pemergian ke medan perang
Khaulah memerangi tentera Rome yang menawan abangnye Zirar .
Mulan menawarkan diri berperang kerana ingin menyelamatkan ayahnye yg diarahkan Emperor utk mempertahankan negara.
2.penyamaran di medan juang
Khaulah menyembunyikan identiti diri dlm serban yg lantas dijadikan niqab dan hanya menampakkan matanye. hinggakan mujahid yg lain menyangkakan Khaulah ini asalnye adalah lelaki.
Mulan memotong pendek rambutnye dan memakai pakaian perang milik ayah tersayang.
3.tiupan semangat berjuang
Khaulah merasakan dirinya terpanggil menyelamatkan Zirar yang sekaligus menyelamatkan Islam dari dijajah Rome.Khaulah berani menentang pengawal semasa beliau dan rakan2 ditawan dlm perang Sahura.
Mulan ingin membantu ayahnye dan berjuang membebaskan China dari ancaman pengganas.
4.aura perjuangan
Khaulah membangkitkan semangat dua pasukan tentera pimpinan Rafee bin Umaira dan Khalid Al-Walid. team Rafee yg sudah awal mendepani tentera Rome sudah kepenatan semasa ketibaan Khaulah bersendirian.namun melihat keberanian Khaulah,mereka bangkit dan meneruskan perjuangan.team Khalid pula tiba selepas itu dan bergabung menentang musyrikin.
Mulan mencabar dirinye sendiri selepas berkali-kali gagal dlm sesi latihan dan die berusaha sehingga mampu menurunkan anak panah yg sengaja dilepaskan Shang tinggi di atas sebatang tiang.teammates yang lain turut serta memperkasa diri selepas melihat semangat juang yg ditunjukkan Mulan.
5.strategi
Khaulah ke depan mendahului team Rafee dan membunuh satu demi satu tentera Rome.saat Khaulah ingin kembali ke arah tentera muslimin beliau masih lagi terus diancam namun tetap berjaya mencederakan dan membunuh musyrikun itu.pd asalnye peperangan menetang tentera Rome berlaku di Damascus tetapi mendengar khabar bahawa ade sekumpulan tentera Rome seramai 100 org sedang menuju Palestin.dlm rombongan itu ade seorang lelaki yg tidak berbaju diikat di kuda dan khaulah tau itu adalah Zirar.jadi Khalid meminta Rafee mengumpulkan 100 mujahid dan mereka tibe lebih awal drpd tentera Rome.Khaulah menyertai rombongan serang hendap ini dan berperang sehinggalah Zirar berjaya diselamatkan.
Mulan buntu saat team nya yg sgt sedikit ahlinye diserang oleh pengganas yg sgt ramai.general Shang mengarahkan mereka melepaskan canon ke arah musuh.kini cume ada satu berbaki.tetapi mereka dikejutkan dgn ramai lg bilangan musuh yg muncul dr persembunyian.Mulan melepaskan canon ke arah puncak gunung yang bersalji dan timbunan itu menimpa tentera musuh.dlm satu lagi insiden Mulan berpakat dgn Shang dan 3 lagi tentera menyamar jadi perempuan ketika ingin membebaskan Emperor yg ditawan.Mulan menyuruh Mushu melepaskan canon yg menerbangkan ketua penjahat ke tempat bunga api dibakar dan akhirnya mati di situ.
6. masih hormat pd martabat lelaki
Khaulah ditanya Khalid ttg siapa dirinye sebenar tapi berlalu tanpa sebarang jawapan. para mujahid yg lain marah kerana Khaulah berkelakuan sedemikian pd seorang panglima perang yg sgt dikagumi.mereka akhirnye mengepung Khaulah dan memaksa beliau memberitahu identitinye.diriwayatkan Khalid hampir terjatuh dr kudanya selepas mendengar suara perempuan yg menjawab, "O commander, I only turn away from you out of modesty. You are the glorious commander, and I am of those who stay behind the veil. I fight like this because my heart is on fire."
Mulan cedera semasa pertempuran pertama dan perlu dirawat dan akhirnye rahsia penyamaran die terbongkar.general Shang sgt marah dan mengarahkan team mereka meninggalkan Mulan sendirian yg sedang sakit di tengah2 gunung salji sendirian.Mulan tau die sudah melanggar peraturan peperangan China yg tidak membenarkan wanita keluar dr kampung dan hanya menurut perintah semasa dimarahi general.Mulan menghadap Emperor (selepas Emperor berjaya diselamatkan) dgn sembah takzim dan sedia menerima hukuman penyamaran nye kerana sedar dgn hakikat bahawa lelaki adalah ketua.
~@~@~@~
Khaulah dan Mulan tidaklah kisah yg digambarkan pada waktu yg sama.
Khaulah berjuang di bumi anbiya' tetapi Mulan bangkit di negara China.
kisah Khaulah adalah realiti sdgkan Mulan hanyalah animasi.
Khaulah dan Mulan mungkin tidak mampu membisikkan kata-kata perjuangan buat kita semua wahai mujahidah, tetapi gambaran kisah yg digarap mampu menyemarakkan semangat kita memperkasa ummah menyelamatkan daulah yg terkubur.
Khaulah berkata ,"Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA. Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".
Mulan said: "My duty is to my heart"
ini bukanlah satu cerita yg ditulis utk menyamakan serikandi besi dgn kartun, tetapi lebih ingin berkongsi bagaimana mujahidah juga mampu menjadi sayap kiri perjuangan..moga Allah meletakkan Khaulah di kalangan para solihin yang lain i'allah.
mujahidah sekalian, ini lagu utk kalian.mesejnya mungkin tak segah bait perjuangan Shoutul Harakah,Raihan atau Rabbani..tetapi lirik ini barangkali boleh jd starting marker kamu sebelum 'berlari dan menyerahkan baton di lapangan trek'.
gambaran melalui tulisan pembangkit semangat..penilitian melalui penglihatan merealisasikan gambaran (~_^)