Hassan al- Basri berkata:
Perbanyak istighfar di rumahmu, dimajlismu, di pasarmu dan dijalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.
"Karisma aspirasi gapai kejora lestari" (fArA jeFF,2003)
Hassan al- Basri berkata:
Perbanyak istighfar di rumahmu, dimajlismu, di pasarmu dan dijalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.
ini kisah seorang isteri Nabi s.a.w.
[maaf jika style tulisan memeningkan..copy paste dr word utk bahan usrah, tak elok cket jd nye..enjoy your reading (*_^) ]
Namanya Hafsah Binti Umar Al-Khattab. Ibunya pula adalah Zainab binti Madh’un
· Kisah Umar mahu menikahkan Hafsah adalah salah satu cara yg dibenarkan Allah iaitu org tua mencarikan suami bg anak perempuannya.
KISAH PENCARIAN SUAMI UNTUK HAFSAH R.A
Umar ingin menikahkan anaknya dgn para sahabat y mulia.
1. Umar tawar kpd Uthman bin Affan. Uthman pd masa itu baru kematian isterinya,puteri Rasulullah Ruqayyah. Tp Uthman jawab “ya Umar, berilah aku waktu utk berfikir”. Selang beberapa hari, Uthman menyampaikan jwpn nya. ”Ya Umar, rasanya belum tiba masanya utk ku menikah”. Beliau ketika itu masih dlm kesedihan dan boleh dikatakan spt physiology unstable.
2. Umar tawar kpd Abu bakar as-sidiq.tp Abu Bakar hanya diam hingga Umar tersinggung.
Kemudian Umar jumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan 2 cerita di atas. Rasulullah menjawab “Semoga Allah menjodohkan puterimu dgn org yg lebih baik dr Uthman dan Uthman diberi jodoh yg lebih baik dr puterimu”
Akhirnya Rasulullah menikahi Hafsah utk mengubati kedukaan sahabatnya itu. Pd org arab kalau ada perempuan di sekeliling yg tidak berkahwin ia adalah suatu yg memalukan.
Saidina Uthman pula dinikahkan dgn Ummu Kalthum, puteri Rasulullah slps Uthman dtg menagis pd Nabi s.a.w. kerana telah terputusnya ikatan saudara dgn baginda slps kematian Ruqayyah. Nabi s.a.w bersabda jika Baginda ada 10 puteri pn dia akan nikahkan mereka dgn Uthman satu persatu. Ini tanda Allah membenarkan suami utk menikahi adik beradik isteri dgn syarat isterinya telah meninggal@diceraikan.
Selepas pernikahan Rasulullah s.a.w, Abu bakar dtg kpd Umar dan berkata “Ya Umar,bukankah ketika engkau menwarkan puterimu kepadaku aku sama sekali tidak memberikan jawapan sedikitpon?”
“Benar”jwb Umar.
“Wahai Umar,sbnrnya tidak ada halangan utk aku menerima pinangan mu.hny saja aku mendengar Rasulullah menyebut2 nama puterimu.aku tidak ingin membuka rahsia Rasulullah.tetapi bila Rasulullah menolak tawaranmu tentu aku bersedia menikahi puterimu”
Selepas menikahi Hafsah barulah Nabi s.a.w menikahi Safiyyah,Juwairiyyah,Maimunah,Ummu Salamah, Zainab binti Jahsy dan Zainab binti Huzaimah.
· Hafsah adalah seorang hamba Allah yg taat,solehah,selalu berpuasa dan menunaikan solat malam.
Dari Surah At-Tahrim, ayat 3:
“ dan ingatlah ketika secara rahsia Nabi s.a.w membicarakan suatu peristiwa kepada salah seorang isterinya (Hafsah). Lalu dia menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan peristiwa itu kepadanya (Nabi s.a.w), lalu (Nabi s.a.w) memberitahukan (kepada Hafsah) sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Maka ketika dia (Nabi s.a.w) memberitahukan pembicaraan itu kepadanya (Hafsah), dia bertanya, “ Siapa yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi s.a.w menjawab,” Yang memberitahukan kepadaku adalah Allah yang Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
Ada 2 kisah asbabun nuzul ayat di atas:
# dua kisah ini adalah kisah kecemburuan.walaupun mereka ini isteri2 Nabi s.a.w,tetap punya sifat cemburu dan hasad. Semasa Hafsah bertanya Nabi s.a.w siapa yg menceritakan komplot itu, Hafsah lupa bahawa suaminya adalah org yg plig hampir dgn Allah dek kerana sifat cemburu dan marahnya itu. Aisyah & Hafsah adalah puteri dua orang pembesar sedangkan Zainab hanya lah janda Zaid,org biasa. Hafsah org paling rapat dgn Aisyah di kalangan para isteri Nabi s.a.w.
· Hafsah pernah diceraikan Nabi s.a.w. kerana sifat kerasnya tetapi diperintahkan Allah utk mengahwini nya semula.
a) Humayd Ibnu Anas meriwayatkan Nabi s.a.w menceraikan Hafsah tetapi merujuk semula Hafsah setelah diperintahkan.
b) Ibnu saad meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w menceraikan Hafsah tetapi merujuk semula Hafsah setelah Jibril mengatakan “ ambil semula Hafsah kerana dia selalu berpuasa dan solat malam. Dan dia adalah isteri mu di syurga nanti.
c) ‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan selepas Umar mendengar yg Nabi s.a.w menceraikan Hafsah, beliau melepaskan genggaman pasir di kepalanya dan berkata “ Allah tidak lagi peduli akan Umar dan puterinya selepas diceraikan Rasulullah”. Maka Jibril menemukan Nabi s.a.w dan menyampaikan perintah Allah utk mengahwini Hafsah semula sbg tanda penghargaan/compassion kpd Umar.
Selepas mereka bernikah semula. Abu Salih pula meriwayatkan Umar ke rumah Hafsah dan melihat Hafsah menangis. Dan bertanya “adakah Rasulullah menceraikan kamu?baginda pernah menceraikan kamu dan menikahmu semula hanya kerana aku,jika baginda menceraikan kamu lg maka aku tidak akan bercakap denganmu lg”. selepas itu barulah Hafsah berusaha menjaga hati Nabi s.a.w.
· Di rumah Hafsah tersimpan salinan catatan al-quran di atas kulit, tulang, dan pelepah kurma. Ini kemuliaan utknya. Semasa proses pengumpulan al-quran pd zaman Uthman, sumber dr Hafsah adalah bahan rujukan utama. Digelar mother of faithful kerana dia menjaga kalam allah. Disimpan dlm hatinya dan rumahnya.
sweet note: maaf atas segala typing error..(~_*)