CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 1 December 2010

== awak kejam, fara!! ==

assalamualaikum semua :)

dilema seorang kakak..sampai bila pon tak akan habis.
boleh kita tolak sekejap perasaan seorang ibu dan keperitan seorang ayah? ini cerita bila seorang kakak menulis.
dia ada satu list yg panjang kenapa adik nya tu perlu dihantar ke asrama naik form1 tahun depan. siapa tak puas hati dgn alasan ni..jom kita berentap..hehe ^_^

1. dia songlap bilik fara.
kalau share takpe jugak,ni dia p kunci bilik tu dan duduk berteleku kat dalam.natijahnya,kakak dia kena tidur bilik bujang.tapi bila si bujang balik,kakak dia tidur kat luar. duduk asrama boleh ajar dia macam mana berkongsi itu baik sebenarnya.

2. dia sibuk main facebook dan youtube.
kanak2 millenium memang macam ni ke?? pegi asrama boleh cut off sikit bad-habit ni.

3. liat sikit nk tutup aurat
baiklah..yg ini memang takda kompromi. kakak dia cakap sampai nk tercabut gigi,tp tak nak dengar. biar dia dengar cakap ustazah pulak.

4. mudah terpengaruh..orang pakai beg merah,dia sibuk nak beg merah
mudah2-an duduk di sekeliling orang terpelajar dan solehah boleh bentuk peribadi indah pada dia.

5. bahaya balik rumah tengahari
working parents.makna nya tiada siapa dalam rumah. bibik akan dihantar pulang bulan depan. dgn macam2 kes orang menyamun anak dara,it is safer for her to be in a hostel.

6. manja terlebih sampai jadi pemalas dan tak mahu ambil tahu.
ni kes sbb dia anak last,dari kecik semua hal ada orang settle kan. baju kotor pon kena tunggu kakak dia bising baru nak antar masuk bakul.nak tunggu besar mana baru nak berdikari?


7. tak suke tutup suis.
taktau la apa penyakit adik2 ku..sejenis je semua. mereka telah berjaya melatih kakaknya berjalan sambil tangan tutup segala suis dalam pandangannya. sekali rasa dah macam robot pulak.

8. pantang ditegur,mesti nak tarik muka masam.
kakak dia bagitau jangan tengok drama memanjang pon dia nak marah2. okey,pergi lah dengar cakap orang lain.

9. dia cuti sek agama petang setahun.
ini cuti dia buat sendiri.dia bernasib baik sbb kakak dia pergi uk,kalau tak hari2 kena seret sampai pintu sekolah agaknya. hantar g asrama nak suruh habiskan sampai darjah khas.

10. tiada dayasaing.
macam hidup tak perlu terkejar2.berlengah dan tak ambil pusing hal lain. hal rumah pun taknak tahu. jadi pergi belajar dari orang lain.

11. sebab dia suka merajuk,kakak dia kecik hati.
kecik hati bagi pihak parents. biar dia duduk berjauhan baru dia sedar kehadiran kami semua agaknya.

12. dia perempuan.
anda fikir sendiri..

13. ada ilmu tak boleh belajar dari kitab
ada sunnah tak ditulis dlm silibus, ada peribadi agung tak dikupas dalam facebook dan ada perkara perlu diajar secara informal,perlu diajar secara talaqqi..eye and heart contact itu penting

okey dah..ada banyak lagi sebab..tp biarlah rahsia. 
dan kakak dia ada banyak lagi sebab kenapa adik nya memang dan memang perlu dihantar ke sekolah menengah agama berbanding sekolah berasrama penuh yang lain.sekian 0__o

kalau satu hari nanti adik dia baca ni, ketahuilah tak pernah sekali pun ada niat nak halau keluar rumah.

semua keputusan demi kebaikan baba, mama dan nurin. utk diri sendiri? tiada.

sweet note : orang luar cakap fara kejam, cakap lah. hari ini awak kawan dengan dia,esok lusa belum tentu. tp dia sampai akhirat tetap adikku :)

till then, tersembam adakala lebih bertuah dari tergolek. cheeeseeeese!!

6 comments:

Nuruljannah BadrulHisham said...

saya setuju...!!!! SMAKJ banyak mengajar saya erti kehidupan dan erti malu.. hihihi.. reason yg ke-3 tu same je cm saye.. bila duduk asrama, tahu la malu skit.. *malu itu kan perisai orang beriman..(tiru lagu)

Sayer Best said...

hehehe..bukan kejam kak,tu tegas namanya.
Sekarang mungkin dia akan anggap akak kejam,nanti dah besar tau la kejam tu akan membentuk orang

(Back to the past,when I was a rebel teen,who always feel disappointed just because my parents sent me to SMAKJ,whereas my other sk friends went to popular boarding school and MRSM...now realize that our parents' choices is the best..dan membuatkan jadik orang skearang..hahaha)

fArA jeFF said...

nurul >> patot suke lalu pintu lain masuk dorm dulu..malu lalu depan akak ek?hehe..
sbb al-haya'u minal iman kan? ^__^

wana >> i agree wif u. alhamdulillah, kita semua boleh berdiri macam org lain skg,despite kita selalu dianak-tiri-kan dulu..benci betol diskriminasi!!

SNAK said...

anak bongsu memang cam2..haha

Najihah Kaspin said...

hehe...sokong kak...anak buah org pun mak dia nak hantar masuk asrama coz duduk rumah asyik nak main n facebooking 24jam...haihaihai...budak millenium....=P

fArA jeFF said...

lina>> huhu..jgn la gitu cik adik bongsu..meh cni kak long tulun sekeh ;p