CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 22 March 2010

==kenapa sayer hidup??==

5 Rabi'ul Akhir 1431H

entri ini ditulis utk diri sendiri..utk semua pembaca..and special dedication utk jijah..
dear jijah..be strong oke!!kitorang sume ade =)

sbb hidup ni mcm bendera kt tiang tuh..ade mase dok tinggi menjulang..ade mase kena pijak2 kt tanah..jadi..kita kena selalu polish iman kita..kita kena selalu remind diri, hati dan minda kita kenapa kita ada kt dunia ni..dan kenapa kita masih ada di sini..




kan kte pernah ckp nk share ceramah LSUIS aritu pasal the purpose of life kan?
maaf terlambat..ke-konfiuz-an yg melanda dr ceramah tuh tak jumpe penghujung lg..jadi ape yg ditulis di sini adalah kuah rojak dr beberapa sumber..jom jamu rohani kita~~

just before we try to find why we live and why we were created..can we just think deeply..very the deep..(opps..manglish)..some may become curious to certain thing but they ignore the feelings..they let the feeling away unanswered..saje taknak pecahkan kepala otak memikirkan sebab2 munasabah sesuatu kejadian..so...are you ready??we must get ready to find the answer..n must understand the fact..org2 yg malas pk nanti selalu rugi tau..

next,be humble..be honest towards ourselves..kalo kita dah jumpe jawapan tu nanti tapi hati asyik nak mengarok je, tercedera hati tuh..kalau ego tinggi membumbung turunkan ia serendah lantai..kalau emosi tinggi menggunung landaikan ia separas tanah..

"Lord of the heavens and the earth and whatever is between them - so worship Him and have patience for His worship. Do you know of any similarity to Him?"
(surah Maryam,19:65)

"And I did not create the jinn and mankind except to worship Me"
(surah Adz-dzariyat,51:56)

jelas tertulis Allah menciptakan kita dan semua makhluk utk menyembahNya..mengabdikan diri kepadaNya..
worshipping Allah does not solely depends on the 5 daily prayers we do everyday..it's not just the hijabs and veil we put on..it is everything..

oke..ni satu senario..
sepasang kekasih bercinta jarak jauh..cuma surat,chatting pengganti diri..suatu hari pertemuan akan tiba,tapi taktau bila..yg di sini akan sentiasa menunggu saat itu.yg di sana tak habis2 berpesan "jaga diri ye"..siap tambah lagi "kalau awak nk keluar tuh pakaila mcm ni..bla..bla.."...setiap malam yg di sana pesan lagi "kunci hati tuh,jgn bg org lain knock2 tau.jgn dua kan sayer ea"..alahai..sweetnye..yg di sini pulak akan patoh..sibuk mempersiapkan diri utk hari pertemuan nnt.tp sbb yg di sini takot la terserempak dgn yg di sana kat mana2 ke kan,jd yg di sini akan selalu bersedia.baju2 ikot piawai yg di sana..hati dikunci rapi.yg di sana tak marah kalau yg di sini pergi keje.tp mesti ingat,tak boleh flirt..duit diorang dah ready dah.bile2 jumpe kang dah ada bekalan..sabar je yg di sini melalui hari2 nye..kalau cerita mcm ni kamu rasa pelik ke?tak kan?normal je...

sama lah kalau cinta kita pd Pencipta itu..jiwa raga diserahkan..kita cume ada kalam Nya..dlm kalam itu ditulis cara2 berpakaian..ditulis kepada siapa kita patot sembah dan kita patot taat..dlm surat cinta Tuhan itu ada jugak diingatkan berulang-ulang jgn mensyirikkanNya,jgn menduakanNya..tidak dilarang kita berkerja..sdgkan org mu'min yg kuat itu lebih disayangi Dia.dlm surat cinta tu jugak ada byk statement jualbeli dan berniaga..tak salah.tp Dia pesan bila tiba waktu solat tinggalkan lah dan segera tunaikan kewajipan itu..semua garis panduan dlm kalam cinta tuh jd guidelines utk kita tapau bekalan bila bertemu Dia nnt..siap ajar lg mcm mane nk topup tapau kita tuh..syg nye Dia pd kita.cinta Allah ini sgt luas..sgt2..kalau semua manusia berkongsi cintaNya itu pon takkan luak..dan yg paling pasti,tak ada sape2 pon akan tersisih bila bermadu kasih Allah tu..kerana Al-Adil itu sifatNya..

power kan cinta itu?cinta pd Nya memberikan kita suatu kekuatan utk terus hidup.jadi landasan utk melangkah.kita akan lebih yakin menempuh satu2 dugaan tuh..semuanya kerana cinta pd Al-Khaliq yg disemai benihnya melalui pengabdian kepadaNya..yg dicambah pohonnya melalui ibadah dan amalan kita..

jadi..adakah terlambat kalau baru hari ni kita diceritakan ttg Allah?adakah terlambat kalau baru saat ni kita mendengar tentang ketenangan menjadi org beriman?

belum kwn2..kte sendiri baru nak belajar menapak..so..jom..kte pimpin awak..awak pimpin kte..sama2 jalan ea..so sweeeeet~~


sweet note: jijah..kami semua sayang kamu..dan Allah lebih sayang kamu..ingat Dia lg selalu dr ingat kitorang tau (~_^)


Thursday, 18 March 2010

==taufan maya==

1 Rabi'ul Akhir 1431H

selepas dilanda taufan maya,blog ni dilock beberapa hari..terima kasih kwn2 yg dtg bertanya sedih sbb ingatkan fara kedekot..hehe..
tidakla..kamu semua kwn kte..takde pe nk disorok..tp sbb serangga dlm ni semua sudah berterbangan bebas arituh..maka misi perlu dilaksana..

akhirnya...inilah hasilnya...
sudah hilang kek besar buat pemangkin semangat tambah lemak..keke..
hilang gak kaler merah yg menarik ituh..
yg tinggal skg cuma merah pucat2 je..
kdg2 tgk mcm kanak2 tidak matang punye blog...woopppss~~

setelah di'renovate' sarang ilmu ini..siap jugak..sempat tambah 'read more' link lg..tp utk entri2 yg lame tuh maleh den nk betoi kan..biar je la..kita mula hidup baru..=P

thank you Allah...
thank you dear frens..sudi2 la ke mari berkongsi lg (~_^)

Tuesday, 16 March 2010

==boleh kita tilik nasib?==

29 Rabi'ul awwal 1431H

pernah tak sahabat2 semua perasan satu game ni dlm fb..eh..bukan satu..ada dlm 2 ke 3..game tilik nasib..ada yg nama nya 'my daily luck', 'daily horoscope' dan pelbagai lagi nama pelik2..ironinya sama..semua game ni konon nye memaparkan nasib peserta pd hari itu..contoh mcm '90% luck'..tak pon 'gemini today will receive new love'...dlm suratkhabar or majalah byk jugak..



okeh..sudah ingat game2 ni semua?kalo kamu ada main,please remove it...stop playing with your luck okey..plzzzzzzzzzzzzzz~~



banyaknye hadis dr Rasulullah s.a.w. memperkatakan ttg ahli nujum, tukang ramal, tukang tilik, bomoh dan pelbagai lagi nama pekerjaan seumpama ini..wah2..kalau fb tu kutip duet dr game yg diorang (kte harap kamu tak termasuk dlm golongan 'diorang' ini) main ni..kaya dah moderator nya..cube lah tgk news feed kamu,dan cuba kira berapa ramai muslim yg enrol dgn game mcm tuh..astaghfirullahal 'azim~

Dari Shafiyah binti Ubaid dari salah seorang isteri Nabi s.a.w. - radhiallahu 'anha dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik, lalu menanyakan sesuatu hal kepadanya, kemudian membenarkannya - yakni mempercayainya, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim)

manakala itu, dari riwayat Imam Al-Bazzar dan Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. ada bersabda," Barangsiapa mendatangi dukun atau ‘arraaf (tukang ramal), lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w"

wahai sahabat2 semua..benar..bintang itu diciptakan Allah sbg penunjuk jalan..bukan dicipta utk penunjuk ramalan. ada 3 tujuan bintang2 di langit dicipta. ambil Al-Quran kamu..dan buka surah Al-Mulk,67:5,
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang."

rujuk lagi surah An-Nahl,16:16,
"Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju."

one more plz..surah Al-'An'am,6:97,
"Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui."

maka, ada 3 tujuan bintang dicipta kan Allah yang Maha Agung:
1- sbg hiasan langit
2- alat merejam syaitan
3- panduan jalan di darat dan lautan

bukanlah Islam itu melarang kita mempelajari dan mengetahui tentang bintang2..tp dunia hari ini byk bergantung kepada penciptaan..sdgkan kita semua tau menggantungkan harapan selain dr Allah adalah syirik..
dulu, pakar-pakar astronomi Islam menggunakan bintang sbg panduan menentukan arah sesuatu tempat, mengetahui waktu solat ataupun menentukan ramdhan dan hari raya..ilmu falaq syar'ie adalah ilmu yg dituntut dlm islam..dibenarkan..
akan tetapi ilmu astronomi selalu disalah erti dgn astrologi..
astronomi adalah ilmu yg mengkaji dlm lapangan fizik dan matematik ttg apa yg kelihatan.digunakan utk menganggarkan waktu-waktu tertentu dan mengkaji beberapa senario yg sudah berlaku. cthnya waktu matahari terbit/terbenam, lintasan komet dll. astronomy is said to be the study of heavens..maksudnya yg alami dan natural.
astrologi pulak selalunya dikaitkan dgn sesuatu ramalan yg akan menimpa seseorang individu atau pon kaum based on the sun, birth dates dll..ahli astrologi menyatakan kuasa2 tertentu boleh mempengaruhi keadaan dan nasib seseorang.

see the differences between those two?

dari Ibnu Rajab," diperbolehkan dlm mempelajari ilmu peredaran binang(astronomi) dan bukan ilmu pengaruh (astrologi) kerana hal itu merupakan suatu bentuk kebatilan dan keharaman baik sedikit mahupun banyak"

so.....jom kita sama2 mengelakkan dr main game2 seumpama ni dlm fb..or dlm mane2 pon..jauhi tukang tilik..dekati Pencipta..biarpon kita cuma main tanpa mempercayai nya,lama2 kita akan mula berpandukan hasil tilik tu slps berulang kali berlaku kebetulan..cegah sebelum terlambat..

Genggamlah AL-Quran, Sanjunglah As-Sunnah..(~_^)

sweet note : my class is over..lepas ni mmg takde la zaman kuliah lg..kalo sambung phd pon takde ke clas mcm skg lg kan..thank you Allah~~